Pecinta Habib Umar Malaysia
1.33K subscribers
3.37K photos
845 videos
62 files
327 links
Ada di kalangan manusia yang akan memasuki SYURGA secara mudah. Mereka ialah orang yang MENCINTAI ULAMA' walaupun sebesar biji zarah.

Page FB : https://www.facebook.com/Muhibbin-الحبيب-عمر-بن-حفيظ-٢-105230768146330/

Instagram : @phabibumar_malaysia
Download Telegram
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Kuliah subuh TG Syeikh Abu Zaki tentang adab dalam pergaulan.

“Orang yang suka mengumpat orang lain, esok lusa dia akan umpat kau pula. Jangan buat kawan orang macam ni. Biar tak ada kawan dari berkawan dengan orang2 sebegini”.

▪️Antara akhlak yang baik dalam pergaulan ialah dengan kawan atau musuh kita tetap muliakan dan berwajah manis.

Bukan tanda kita setuju dengan dia tapi kita meraikan. Mudahan dapat kita kongsi sesuatu yang dapat mengubah dia. Dengan orang tak baik kena tunjuk contoh yang baik mudahan dia juga jadi baik.

Takzim dan muliakan tapi tanpa takabbur. Bukan besarkan dia dan agungkan dia.

Kita bersahabat dengan tujuan dia akan jadi lebih baik. Betulkan niat. Niat bukann untuk bermesra tapi untuk lunakkan hati dia.

Orang datang rumah kena terima walau dia baik atau jahat. Kita sendiri diterima oleh guru2 walau kita tak baik dan banyak dosa.

Kita sendiri pun tak baik dan banyak dosa. Berapa orang yang tak baik datang jumpa tuan guru tapi tetap diterima. Akhirnya berubah orang tu jadi baik. Dia berubah asbab tingkahlaku orang tu.

Sahabat2 Nabi SAW pun ramai yang tak baik. Tapi Nabi SAW tetap terima dan layan dengan baik. Akhirnya mereka berubah walau jahat mana pun mereka sebelum tu. Kerana akhlak Nabi SAW merak terus berubah dan tinggalkan kejahatan tu.

▪️Buat sesuatu jangan over. Buat pertengahan. Apapun kita over akan jadi bahaya. Berpada2. Walau pada urusan ibadah.

Begitu juga dengan manusia. Baik berpada2. Jangan over. Ada benda boleh dan tak boleh.

Amal ibadah jangan over buat banyak2 tapi lepas tu tak buat dah. Sebab jemu dan rasa berat. Jangan over dengan satu amalan tapi amalan yang lain kita tinggalkan. Contoh solat sunat 30 rakaat. Tapi lepas 3 bulan tak buat. Terus tinggal. Tak boleh begitu.

Imam Hadad selalu sebut:
Orang beriman cukup jaga dalam beribadat tetapi secara sederhana. Nak pelihara dari ujub dan riak.

Pakai serban tapi kecil sahaja. Ada janggut tapi sikit. Ikut sunnah tapi yang sederhana.

Dakwah sekalipun jangan sampai abaikan yang lain atau buat sehingga tahap dipuji.

Sederhana itu baik tapi ada batas. Patuh bukan bermaksud extreme. Tapi sederhana yang patuh syariat. Siapa tak patuh syariat itu tandanya maksiat. Sederhana ialah tak tinggal yang wajib dan tak buat yang haram.

Imam Ghazali:
“Sebaik2 perkara ialah pertengahan (seimbang).

Contoh dhuha penuh 8 rakaat. Buatlah 4rakaat. Bukan macam tu. Pertengahan bukan ikut cara kita. Baca yasin sebaiknya dua kali, kita baca sekali. Bukan baca separuh siang separuh malam.

Puasa sunat 3 hari sebulan di anjurkan. Kita pula bulan ni puasa, bulan depan tak puasa. Tak fikir pulak 27 hari tak puasa tu. Tu bukan seimbang.

Antara maksiat dan taat jangan letak tengah2 kerana tarikannya berat. Biar taatnya lebih dan maksiatnya kurang. Lebihkan maksiat dikhuatiri neraka.

Contoh bila belajar. Target nak lulus. Imbangkan kepintaran dan kebodohan. Lebihkan kepintaran. Gandakan usaha. Nak markah 50, usaha macam nak markah 100. Nak 70 usaha macam nak 100 markah. Itulah balance.

Orang kata tak payah la pakai serban hari2. Sesekali pakai la cap. Jangan begitu. Yang boleh sesekali pakai songkok sebab nak elak ujub riak kalau hari2 serban.

Pertengahan yang membawa kepada tidak melurut tetapi membawa kepada 100%.

▪️Adab semasa berbual dan berhadapan dengan orang. Rasulullah SAW bila bercakap dengan orang akan pusing badan bukan hanya dengan lirikan dan ekor mata.

Nak tengok orang, tengok betul2 jangan curi2 pandang. Jika lirik mata sahaja itu maksudnya curi pandang. Tak bagus macam tu.

▪️Jangan berhenti pada perhimpunan yang banyak. Jadi kepoh. Contoh accident tengah jalan perlahankan kenderaan sebab nak tengok. Kalau tengah jalan terus jalan. Tak ada kena mengena dengan kita. Selagi bukan urusan kita jangan sibuk dengan hal orang. Itu semua adab.
▪️Duduk depan orang jangan besarkan diri. Jangan rasa angkuh dan besar. Jangan main2 jari, main janggut, main cincin, korek sana sini, menguap, buang hingus, menggeliat, halau lalat di muka dan sebagainya. Itu tak ada etika. Kena jaga etika bila depan orang.

Wallahusubhanahu wata’ala a’lam.

Kuliah Subuh TG Syeikh Abu Zaki 01.10.2022
Pengajian Kitab Hidayatus Salikin
oleh Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (ms 27).
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Perbaiki niat dalam menuntut ilmu. Bukan supaya dipandang *alim* , bukan untuk *berdebat* , bukan untuk nampak hebat, bukan untuk dipanggil *ustaz*/ *ustazah* ...

Tapi niat supaya dapat beramal dengan yakin, untuk sampai kepada Allah SWT.

begitu ramai penghuni neraka dalam kalangan mereka yg berilmu, yg terlihat alim di dunia yg terlihat warak di dunia d sanjung di puji tapi akhirnya Allah humban dia ke dlm neraka jahanam !!
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

kita suka menegur kesalahan orang… tapi kita susah nak terima teguran orang terhadap kita..

para mashaikh , tengah2 malam orang tengah tido, mereka akan senyap2 cuci jamban masjid guna tangan tanpa guna alatan.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Yang penting sekali kena renung dulu dan cari salah kita sendiri sebelum mentelaah salah orang sebab yang dinamakan orang dewasa ni semuanya ada buat salah yang di sengajakan ataupun tak sengaja..koreksi diri dulu ye
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Nak komen sikit, selagi kita nampak dosa orang lain, tak kiralah siapa pun dia, percayalah, mata kita ni akan terus buta dari nampak dosa kita sebab kita rasa kita ni macam tak dak dosa, walhal dosa kita ni terlindung dan ALLAH masih tutup aib kita kerana DIA masih pelihara kita.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Kalau keturunan kita dah terkenal dengan trademark bercakap kasar dan biadab , kita ubah la. Jangan teruskan tradisi tu, kita bertanggungjawab stop setakat generasi kita. Jangan jadikan ia satu kebanggaan dan mengharap orang lain faham dan terima kebiadaban kita. Ini bukan culture yg kau nak normalize normalizekan..
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Buat apa cepat-cepat duduk di pelaminan, sedangkan
Duduk di antara dua sujud saja kau lalaikan

Teguran untuk diri sendiri.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Yang susah tengok diri, asyik nampak orang.

Sekali sekala bawa diri, ziarah auliya, tumpang cermin dia.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Guru kami tuan guru haji shahar al Jerami bangun dinihari basuh tandas masjid waktu orang tengah sedap mendengkur, selepas tu baru dia solat tahajjud..

Yang duduk sibuk dakwah orang konon, tinggalkan masjid selepas i'tikaf 3,4, 5 sehingga 10 hari.. Sapu Beranda masjid pon tak nak.
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

"Setiap nasihat agama yang membangkitkan rasa marahmu maka mengisyaratkan bahawa engkau sangat perlukan nasihat itu untuk diamalkannya."
السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته

*Pembukaan Pendaftaran Tadika & Madrasah Al-Mustofa House 2023*

Pendidikan Tarbiyah Awal Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk Kanak-kanak .

Kepada mereka yang inginkan tempat yg boleh :
• mengajar kanak-kanak tentang ilmu Agama, adab, akhlak yang mengikut syariat Rasulullah
• mengajar kanak-kanak pandai asas Bahasa Arab
• mengajar kanak-kanak dari awal amalkan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Al-Mustofa House boleh membantu anda, Insya Allah 🌹🌹🌹

Tempat adalah TERHAD.

Hubungi kami & daftar segera ⤵️

https://wa.me/60182587166
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‌‌‎.

Mendapat perkhabaran Pak Su Mid telah bertemu dengan kekasihnya.

Moga Allah kurniakan wali Allah ini dan tempatkan bersama orang orang Soleh, para syuhada dan orang beriman.

Ampunkan dosa kami wahai Allah.

#alfatihah
Pesan Tok Wali Allah Taala Pak Su Mid -

“Selagi Belum Jadi Malaikat Kena Cermat, Walaupun Berjubah Serban Mungkin Hantu Setan”.
Kenangan bersama Pak Chu Mid hafizahullah...

Pak Chu tanya " hampa makan utk ibadah kah ?"

Confident sungguh saya jawab:

"Ya,makan untuk tenaga nak ibadah."
mmg level wali² lah jika menjawab.

Then Pak Chu tanya:
Macamna goreng mee?

Waduh. Simple je tu..

Mula² bawang , cili, kicap sos tiram cili, tomato, fish ball fish cake sayur.

Pak Chu kata:
" Aih..mee dengan kicap cukup dah "

Saya habag lah:
" mana sedap"

Pak Chu senyum dan pancung saya :
HAMPA MAKAN UNTUK NAFSU SEDAP, BUKAN UNTUK IBADAH"

Balik senyap...huhuhu
Kita tidak iri hati terhadap orang yang mempunyai ratusan gambar bersama ulama. Tetapi kita iri hati terhadap orang yang istiqomah mengikuti jalanan mereka(Ulama')

Ustaz Musytaq Al-Ash'ari