Pecinta Habib Umar Malaysia
1.3K subscribers
3.36K photos
843 videos
62 files
326 links
Ada di kalangan manusia yang akan memasuki SYURGA secara mudah. Mereka ialah orang yang MENCINTAI ULAMA' walaupun sebesar biji zarah.

Page FB : https://www.facebook.com/Muhibbin-الحبيب-عمر-بن-حفيظ-٢-105230768146330/

Instagram : @phabibumar_malaysia
Download Telegram
▪️Duduk depan orang jangan besarkan diri. Jangan rasa angkuh dan besar. Jangan main2 jari, main janggut, main cincin, korek sana sini, menguap, buang hingus, menggeliat, halau lalat di muka dan sebagainya. Itu tak ada etika. Kena jaga etika bila depan orang.

Wallahusubhanahu wata’ala a’lam.

Kuliah Subuh TG Syeikh Abu Zaki 01.10.2022
Pengajian Kitab Hidayatus Salikin
oleh Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (ms 27).
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Perbaiki niat dalam menuntut ilmu. Bukan supaya dipandang *alim* , bukan untuk *berdebat* , bukan untuk nampak hebat, bukan untuk dipanggil *ustaz*/ *ustazah* ...

Tapi niat supaya dapat beramal dengan yakin, untuk sampai kepada Allah SWT.

begitu ramai penghuni neraka dalam kalangan mereka yg berilmu, yg terlihat alim di dunia yg terlihat warak di dunia d sanjung di puji tapi akhirnya Allah humban dia ke dlm neraka jahanam !!
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

kita suka menegur kesalahan orang… tapi kita susah nak terima teguran orang terhadap kita..

para mashaikh , tengah2 malam orang tengah tido, mereka akan senyap2 cuci jamban masjid guna tangan tanpa guna alatan.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Yang penting sekali kena renung dulu dan cari salah kita sendiri sebelum mentelaah salah orang sebab yang dinamakan orang dewasa ni semuanya ada buat salah yang di sengajakan ataupun tak sengaja..koreksi diri dulu ye
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Nak komen sikit, selagi kita nampak dosa orang lain, tak kiralah siapa pun dia, percayalah, mata kita ni akan terus buta dari nampak dosa kita sebab kita rasa kita ni macam tak dak dosa, walhal dosa kita ni terlindung dan ALLAH masih tutup aib kita kerana DIA masih pelihara kita.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Kalau keturunan kita dah terkenal dengan trademark bercakap kasar dan biadab , kita ubah la. Jangan teruskan tradisi tu, kita bertanggungjawab stop setakat generasi kita. Jangan jadikan ia satu kebanggaan dan mengharap orang lain faham dan terima kebiadaban kita. Ini bukan culture yg kau nak normalize normalizekan..
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Buat apa cepat-cepat duduk di pelaminan, sedangkan
Duduk di antara dua sujud saja kau lalaikan

Teguran untuk diri sendiri.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Yang susah tengok diri, asyik nampak orang.

Sekali sekala bawa diri, ziarah auliya, tumpang cermin dia.
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

Guru kami tuan guru haji shahar al Jerami bangun dinihari basuh tandas masjid waktu orang tengah sedap mendengkur, selepas tu baru dia solat tahajjud..

Yang duduk sibuk dakwah orang konon, tinggalkan masjid selepas i'tikaf 3,4, 5 sehingga 10 hari.. Sapu Beranda masjid pon tak nak.
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

"Setiap nasihat agama yang membangkitkan rasa marahmu maka mengisyaratkan bahawa engkau sangat perlukan nasihat itu untuk diamalkannya."
السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته

*Pembukaan Pendaftaran Tadika & Madrasah Al-Mustofa House 2023*

Pendidikan Tarbiyah Awal Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk Kanak-kanak .

Kepada mereka yang inginkan tempat yg boleh :
• mengajar kanak-kanak tentang ilmu Agama, adab, akhlak yang mengikut syariat Rasulullah
• mengajar kanak-kanak pandai asas Bahasa Arab
• mengajar kanak-kanak dari awal amalkan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Al-Mustofa House boleh membantu anda, Insya Allah 🌹🌹🌹

Tempat adalah TERHAD.

Hubungi kami & daftar segera ⤵️

https://wa.me/60182587166
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‌‌‎.

Mendapat perkhabaran Pak Su Mid telah bertemu dengan kekasihnya.

Moga Allah kurniakan wali Allah ini dan tempatkan bersama orang orang Soleh, para syuhada dan orang beriman.

Ampunkan dosa kami wahai Allah.

#alfatihah
Pesan Tok Wali Allah Taala Pak Su Mid -

“Selagi Belum Jadi Malaikat Kena Cermat, Walaupun Berjubah Serban Mungkin Hantu Setan”.
Kenangan bersama Pak Chu Mid hafizahullah...

Pak Chu tanya " hampa makan utk ibadah kah ?"

Confident sungguh saya jawab:

"Ya,makan untuk tenaga nak ibadah."
mmg level wali² lah jika menjawab.

Then Pak Chu tanya:
Macamna goreng mee?

Waduh. Simple je tu..

Mula² bawang , cili, kicap sos tiram cili, tomato, fish ball fish cake sayur.

Pak Chu kata:
" Aih..mee dengan kicap cukup dah "

Saya habag lah:
" mana sedap"

Pak Chu senyum dan pancung saya :
HAMPA MAKAN UNTUK NAFSU SEDAP, BUKAN UNTUK IBADAH"

Balik senyap...huhuhu
Kita tidak iri hati terhadap orang yang mempunyai ratusan gambar bersama ulama. Tetapi kita iri hati terhadap orang yang istiqomah mengikuti jalanan mereka(Ulama')

Ustaz Musytaq Al-Ash'ari