IKM Bintulu Official
174 subscribers
19 photos
5 files
18 links
MARA - IKM Bintulu menawarkan bidang pengajian peringkat sijil dan diploma dalam bidang minyak dan gas di bandar Bintulu, Sarawak
Download Telegram
Forwarded from Michael Jangi
LAWATAN PENANDAARASAN KE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK (UTS), SIBU

Seramai 28 orang peserta di kalangan Jawatankuasa Pengurusan Asrama dan Felo, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Perwakilan Pelajar Asrama (PPA) terlibat dengan program.

Penandaarasan merupakan satu proses mencari amalan yang terbaik atau 'best practices' yang diamalkan oleh sesebuah organisasi.

Tujuan utama lawatan penandaarasan ini adalah untuk mempelajari sistem tadbir urus yang diamalkan oleh pihak UTS. Seterusnya, bagi menambahbaik fasiliti dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan; para pelajar peringkat institusi teknikal, TVET MARA.

#TVETMARA
#IKMBintulu
#UTS
#JPAF
#MPP
#PPA
#BuildingTalentGeneratingFuture