MEKANIK IMAN.
327 subscribers
1.83K photos
527 videos
98 files
4.17K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

(Ar-Ruum 30:7)

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

(Ar-Ruum 30:8)
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersegera Dengan Amal Soleh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar." (HR Tirmizi, No: 2306) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesungguhnya Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Lalu akan dihidupkan kembali di alam akhirat yang kekal selama-lamanya.

2. Jangan mensia-siakan waktu yang masih ada sebelum datang penyesalan yang tiada berguna. Perbanyakan istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan tiba. Sesungguhnya dengan mengingati kematian seseorang Muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan.

3. Setiap Muslim hendaklah segera beramal dan memperbaiki agar amal lebih baik sebelum datangnya tujuh perkara berikut :

a) Kemiskinan yang melupakan kewajipan seperti tidak kisah soal halal dan haram.
b) Kekayaan yang menimbulkan rasa angkuh dan sombong.
c) Penyakit berat sehingga sukar untuk beramal soleh.
d) Tua yang menyebabkan nyanyuk dan keuzuran.
e) Kematian mengejut.
f) Kemunculan Dajjal sebagai makhluk jahat.
g) Hari Kiamat yang sangat mengerikan.

Ambil kesempatan di awal Zulhijjah yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini untuk memperbanyakkan amal soleh.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

03hb Julai 2022
03hb Zulhijjah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Ikhlas Berkorban

Sempena kedatangan Hari Raya Eidul Adha, antara ibadat yang amat disukai Allah ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Ibadat korban merupakan syiar yang amat dituntut dengan kedatangan Hari Raya Edul Adha. Adakah kita telah memastikan bahawa kita akan melaksanakan ibadat korban pada tahun ini? Rasulullah SAW mengingatkan kita:

كَنَا وُقُوفًا مَعَ النبى )ص ( فَسْمَعَتْهُ يَقُولُ : يَاأيُهَا النَّاس , عَلَى كُلِ أَهْلِ بَيْتٍ فِى كُلُّ عَامٍ أَضْحِيَة

”Kami wukuf bersama Rasulullah dan aku mendengar Baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, ke atas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap tahun” Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi.

Berdasarkan hadis ini, Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan.

Pelaksanaan ibadat korban sama ada disembelih oleh kita sendiri mahupun yang kita wakilkan untuk dilaksanakan ditempat lain seperti di luar negara, hendaklah dilakukan dengan seikhlas mungkin.

Kita melaksanakan ibadah korban atas dasar taqwa kepada Allah bukan sekadar acara tradisi ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٧

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya” (al-Haj ayat 37).

Dalam Tafsir Al-Wajiz, Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan: Bukan hanya sembelihan binatang korban, daging serta darahnya sedikit pun tidak akan sampai kepada Allah, termasuk semua amal soleh yang lain melainkan ia dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan atas iman.

Dalam ayat ini terdapat dorongan untuk berbuat ikhlas, baik dalam ibadah kurban mahupun dalam ibadah lainnya, bukan untuk berbangga, riyak atau kerana kebiasaan.

Semua ibadah yang tidak disertai keikhlasan seperti jasad tanpa ruh.

Sabda Rasulullah SAW.:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Marilah kita memastikan semua amal kebaikan yang kita lakukan seperti ibadat korban, semata-mata mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas.

Fudhail bin Iyadh pernah berpesan: meninggalkan amalan kerana manusia maka itu riyak namanya, sedangkan beramal dengan tujuan agar dipuji manusia, maka itu masuk kategori syirik. Adapun ikhlas kepada Allah itulah yang menyelamatkan kamu dari keduanya.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semoga kita sama2 dapat membacanya.

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati mati.

Saya ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan.

■ SALAM SILATULRAHIM
Semoga bermanfaat buat kita semua...

*Hukum main duit kutu - ustaz azhar idrus*

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

14/1/2017
Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu

katakan :

"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu,

kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kepada saya"
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

=====================================
صحيح ابن حبان
Sahih Ibnu Hibban

Terjemahan Hadith Dan Sedikit Keterangan

6 PERKARA DIJAMIN SYURGA

Berkata Al-Imam Ibnu Hibban :

Diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit bahawasanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

اضْمَنُوا لِي سِتًّا أَضْمَنْ لَكُمُ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا ائْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أبصاركم وكفوا أيديكم

Artinya : “Berilah kamu jaminan bagiku akan enam perkara nescaya aku jamin bagi kamu sekelian akan syurga. Berlaku benarlah kamu sekelian apabila kamu berkata-kata dan sempurnakanlah akan janji apabila kamu sekelian berjanji dan tunaikanlah apabila kamu sekelian diberi amanah dan peliharalah akan segala kemaluan kamu dan tundukkanlah segala penglihatan kamu dan tahanlah akan segala tangan kamu.”

Hadith seumpama ini ada dikeluarkan juga oleh Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakim dan Al-Baihaqi

KETERANGAN

Hadith ini datang pada menerangkan tentang enam perkara yang barangsiapa mengamalkan
akan enam perkara ini maka Nabi sollallahu alaihi wasallam menjamin baginya akan syurga.

Berkata Syeikh Ali Al-Qari :

(أَضْمَنْ لَكُمُ الْجَنَّةَ) أَيْ: دُخُولَهَا مَعَ الْفَائِزِينَ، أَوْ وُصُولَهَا إِلَى أَعْلَى دَرَجَاتِ الْمُقَرَّبِينَ

Artinya : “Makna aku jamin bagi kamu sekelian syurga itu ialah masuk akan syurga bersama dengan sekelian orang yang mendapat kemenangan atau sampai ia akan syurga kepada setinggi-tinggi darjat orang yang muqarrabin.” (Kitab Mirqatul Mafatih)

Dan berkata Imam Al-Munawi :

أَي دُخُولهَا مَعَ السَّابِقين الأوّلين أَو من غير سبق عَذَاب

Artinya : “Yakni masuk akan syurga bersama sekelian orang yang terawal atau dengan tiada terdahulu azab.” (Kitab At-Taisir)

BERCAKAP BENAR

Benar adalah satu sifat yang dituntut atas sekelian orang mukmin bersifat dengannya dan benar itu adalah sifat para Nabi a.s. dan perhiasan bagi orang beriman sehingga tidaklah dikatakan seorang mukmin yang sempurna imannya melainkan dia bersifat dengan benar.

Dan sungguhnya benar itu adalah alamat bagi takut akan Allah Taala.

Firman Allah Taala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

Artinya : “Wahai sekelian orang mukmin takutlah kamu sekelian akan Allah dan hendaklah kamu sekelian bersama orang-orang yang benar.” (At-Taubah : 119)

Bermula setengah dari benar yang dituntut itu ialah benar apabila berkata-kata.

Maka kerana itu Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ

Artinya : “Hendaklah kamu sekelian benar apabila berkata-kata.”

Barangsiapa yang tidak benar ketika bercakap nescaya dia telah jatuh pada berdusta maka dusta itu haram ia melainkan apabila berdusta itu membawa kepada kebaikkan.

Berkata Imam Al-Munawi :

(اصدقوا إذا حدثتم) أي لا تكذبوا في شيء من حديثكم إلا إن ترجح على الكذب مصلحة أرجح من مصلحة الصدق في أمر مخصوص كحفظ معصوم

Artinya : “Hendaklah kamu sekelian benar apabila berkata-kata artinya jangan kamu sekelian berdusta pada suatu pun dari percakapan kamu melainkan jika berat sebelah dusta itu oleh masalahat dari berat sebelah benar pada satu perkara yang khusus seperti menjaga suatu yang terpelihara.” (Kitab Faidhul Qadir)

Maksudnya selagi dusta itu tidak ada padanya sebarang maslahat yakni kebaikkan maka tidak diharuskan berdusta.

Dan misal berdusta yang ada padanya kebaikan itu seperti berdusta dalam peperangan seperti apabila tentera musuh bertanya kepada seorang Islam dimanakah tentera Islam berada kerana mereka hendak membunuhnya maka berdusta ketika ini adalah satu kebaikkan dan bercakap benar pula mengundang bencana.

Sebagaimana hadith di atas benar itu adalah jalan menuju kepada syurga kerana itu Nabi sollallahu alaihi wasallam menjamin syurga bagi orang-orang yang benar.

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ الصَّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ

Artinya : “Sungguhnya benar itu menunjuk kepada kebaikkan dan sungguhnya kebaikkan itu menunjuk kepada syurga.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan lagi sungguhnya orang yang berlaku benar samada pada percakapan atau lainnya dia akan merasa tenang manaka orang yang berdusta itu sentiasa merasa resah dan tidak tenteram hatinya.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. beliau berkata :

فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمأنينَةٌ، وَالْكَذِبَ رِيبةٌ

Artinya : “Maka sungguhnya benar itu tenteram dan berdusta itu keresahan.” (Riwayat At-Tirmizi)

Bermula keadaan yang banyak berlaku dusta dikalangan manusia ialah ketika bermualamat seperti pada jual beli dimana masing-masing penjual dan pembeli banyak berdusta dimana keberkatan jual beli sudah hampir tidak ada sama sekali.

Dan diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a. beliau berkata Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

الْبيِّعَان بالخِيارِ مَا لَمْ يَتفرَّقا، فإِن صدقَا وبيَّنا بوُرِك لهُما في بَيعْهِما، وإِن كَتَما وكذَبَا مُحِقَتْ بركةُ بيْعِهِما

Artinya : “Dua orang yang berjual beli boleh memilih selama belum berpisah maka jika keduanya berlaku benar nescaya akan diberkati bagi keduanya pada jual belinya dan jika keduanya menyembunyikan sesuatu dan berdusta nescaya akan dihapuskan keberkatan jual beli keduanya.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

MENEPATI JANJI

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ

Artinya : “Dan sempurnakanlah janji apabila kamu sekelian berjanji.”

Hukum menunaikan janji itu adalah wajib apabila tidak ada sebarang keuzuran yang menjadi penghalang dan sengaja melanggar perjanjian atau sengaja tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan itu adalah satu perbuatan dosa.

Siapa yang telah berjanji maka dia akan ditanya tentangnya oleh Allah di akhirat nanti.

Firman Allah Taala :

إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولً

Artinya : “Bahawasanya perjanjian itu adalah ia akan dipersoalkan nanti.” (Al-Isra’ : 34)

Sikap selalu menyalahi janji adalah sikap orang munafiq.

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda menceritakan tanda orang munafik :

وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ

Artinya : “Dan apabila berjanji dia menyalahi.” (Hadith riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah)

Menunaikan janji itu adalah satu sifat yang terpuji kerana itulah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menjaminnya dengan dapat syurga manakala menyalahi janji itu adalah satu sifat yang dicela syarak dan setengah dari dosa yang mendapat laknat.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ أَخْفَرَ مُسْلِمًا ، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Artinya : “Barangsiapa yang melanggar perjanjian dengan orang Islam maka atasnya laknat Allah dan malaikat dan sekelian manusia.” (Hadith riwayat Muslim)

MENUNAIKAN AMANAH

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

وَأَدُّوا إِذَا ائْتُمِنْتُمْ

Artinya : “Dan sempurnakanlah apabila kamu sekelian diberikan amanah.”

Amanah ialah setiap perkara yang dituntut seorang itu melakukannnya samada amanah dengan perintah Allah dan amanah dengan perintah sesama manusia.

Berkata Al-Kafawi Al-Hanafi :
كلّ ما افترض اللّه على العباد فهو أمانة كالصّلاة والزّكاة والصّيام وأداء الدّين، وأوكدها الودائع، وأوكد الودائع كتم الأسرار، و كلّ ما يؤتمن عليه من أموال وحرم وأسرار فهو أمانة

Artniya : “Setiap perkara yang telah mewajibkan oleh Allah atas segala hamba adalah amanah seperti solat dan zakat dan puasa dan membayar hutang dan yang lebih kuat tuntutan ialah amanah pada harta yang dititipkan dan lebih lagi dituntut menjaga rahsia. Dan setiap perkara yang diamanahkan atasnya daripada harta dan larangan dan rahsia maka ia adalah amanah.”

Dan berkata setengah ulamak :

كل ما يجب على الإنسان حفظه وأداؤه من حقوق الآخرين

Artinya : “Amanah ialah sekelian barang yang wajib atas manusia memeliharanya dan menunaikannya daripada segala hak orang lain.”

Firman Allah Taala :

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

Artinya : “Sungguhnya Allah mememtintahkan kamu sekelian supaya menunaikan segala amanah kepada ahlinya.” (An-Nisak : 58)
Dan sungguhnya menunaikan amanah itu dikaitkan dengan orang yang takut akan Allah maka kerana itulah siapa yang amanah maka Nabi sollallahu alaihi wasallam menjamin baginya syurga.

Firman Allah Taala :

فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

Artinya : “Maka hendaklah orang yang diamanahkan itu menunaikan akan amanahnya dan takutlah akan Allah sebagai Tuhannya.” (Al-Baqarah : 283)

Bermula menjaga rahsia dan aib seseorang juga adalah satu amanah daripada Allah maka wajiblah seeorang itu memelihara rahsia kaum keluarganya dan suami atau isterinya dan sahabatnya dan lainnya samada ketika baik keduanya atau tidak.

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْأَمَانَةِ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ ، وَتُفْضِي إِلَيْهِ ، ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

Artinya : “Setengah dari sebesar-besar amanah disisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian disebarkan pula akan aibnya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan dikatakan orang yang amanah itu ialah orang yang paling benar.

Berkata Abu Bakar As-Siddiq r.a. :

أصدق الصدق الأمانة

Artinya : “Benar yang psling benar ialah menunaikan amanah.”

Dan menunaikan amanah itu wajib ia samada ketika senang atau ketika susah dan samada yang dimanahkan itu orang kaya atau orang miskin.

Berkata Ibnu Abbas r.a. :

لم يرخص الله لمعسر ولا لموسر أن يمسك الأمانة

Artinya : “Allah tidak memberi keringanan meninggalkan amanah ke atas orang yang susah dan orang yang senang.”

Ketahuilah adalah amanah itu ada ia pada seluruh kehidupan seorang mukmin dan yaitu amanah pada ibadah dan pada memelihara anggota badan dan pada barang titipan dan pada jual beli dan memelihara rahsia.

Maka amanah pada ibadah itu ialah melakukan segala perintah syarak yang wajib atasnya dan amanah pada memelihara anggota itu ialah memeliharanya dari melakukan larangan Allah dan amanah pada barang titipan itu ialah tidak dia ingkarkan suatu harta yang ditinggalkan kepadanya yakni hendaklah dia pulangkan harta itu apabila tiba masanya dan amanah pada jual beli ialah penjual dan pembeli hendaklah jujur dan tiada ada berniat melakukan helah dan tipu daya dalam berjual beli dan amanah pada rahsia itu ialah menyimpan rahsia dan tidak diceritakan rahsia itu kepada orang lain termasuklah aib orang yang dia ketahui.

MEMELIHARA KEMALUAN

Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ

Artinya : “Dan peliharalah kamu sekelian akan kemaluan kamu.”

Allah Taala berfirman :

وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

Artinya : “Hendaklah orang sekelian orang mukmin itu memelihara akan kemaluan mereka.” (An-Nur : 30)

Dan firman Allah Taala :

وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Artinya : “Dan hendaklah sekelian perempuan yang beriman itu memelihara akan kemaluan mereka.” (An-Nur : 31)

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

{وَيَحْفَظُواْ فُرُوجَهُمْ} : قال بعض المفسرين: المراد سترها من النظر إليها أي النظر إلى العورات. . وقال آخرون: المراد حفظها من الزنى، والصحيح ما ذكره القرطبي أن الجميع مراد لأن اللفظ عام، فيطلب سترها عن الأبصار، وحفظها من الزنى

Artinya : “Bermula ayat ‘Dan memelihara orang beriman akan kemaluan mereka itu’ telah berkata oleh sebahagian ulamak tafsir : Yang dikehendaki ialah menutup kemaluan mereka dari dilihat kepadanya yakni menutup sekelian aurat dari dipandang. Dan berkata yang lainnya : Yang dikehendaki ialah memelihara dari melakukan zina. Dan bermula yang sahih ialah barang yang disebut oleh Imam Al-Qurtubi yaitu perintah yang umum yakni memelihara aurat dari dilihat dan memeliharanya dari perbuatn zina.” (Kitab Tafsir Rawa’iul Bayan)

Orang-orang beriman itu ialah mereka yang memelihara kemaluan mereka dari perkara yang haram samada perkara yang haram itu membuka aurat atau melakukan zina.

Firman Allah Taala memeuji orang-orang yang memelihara kemaluan mereka itu dengan firman-Nya :

والذين هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلاَّ على أَزْوَاجِهِمْ
Artinya : “Dan orang-orang yang memelihara akan kemaluan mereka itu melainkan atas segala isteri-isteri mereka itu.” (Al-Mukminun : 5 & 6)

Diriwayatkan daripada Bahzu bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya beliau telah berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ؟ قَالَ: "احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ

Artinya : “Wahai Rasulullah bermula segala aurat kami apa yang kami lakukan dan apa yang kami tinggalkan? Sabdanya : Jagalah aurat kamu melainkan dari isterimu atau hamba milikmu.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

MEMELIHARA PANDANGAN

Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

وَغُضُّوا أبصاركم

Artinya : “Dan tundukkanlah segala penglihatan kamu.”

Firman Allah Taala :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ

Artinya : “Katakanlah bagi sekelian lelaki yang beriman itu hendaklah mereka menundukkan segala pandangan mereka itu.” (An-Nur : 30)

Dan firman Allah Taala :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِناتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصارِهِنَّ

Artinya : “Dan katakanlah bagi sekelian perempuan yang beriman itu hendaklah mereka menundukkan segala pandangan mereka itu.” (An-Nur : 31)

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

والمراد به في الآية: كف النظر عما لا يحل إليه بخفضه إلى الأرض، أو بصرفه إلى جهة أخرى وعدم النظر بملء العين

Artinya : “Bermula yang dikehendaki oleh ayat ini ialah menahan pandangan dari perkara yang tiada halal melihat kepadanya dengan menundukkan pandangannya ke bawah atau memalingkan pandangan kepada arah lain dan ketiadaan memandang dengan melirikkan mata.” (Kitab Tafsir Rawa’iul Bayan)

Dan sebab disuruh memejamkan mata dari melihat kepada perkara yang haram itu ialah kerana segala perkara yang dilihat oleh seseorang itu di dalam dunia akan disoal oleh Allah daripadanya pada hari akhirat.

Firman Allah Taala :

إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Artinya : “Sungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati itu sekeliannya adalah ia akan dipersoalkan daripadanya.” (Al-Isra’ : 36)

Dan tidaka ada seorang pun yang dapat menyembunyikan apa yang dia lihat dengan matanya dari pengetahuan Allah Taala.

Firman Allah Taala :

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Artinya : “Allah mengetahui akan mata yang khianat dan mengetahu apa yang disembunyikan di dalam segala hati manusia.” (Ghafir : 19)

Dan bermula yang dikatakan zina mata itu ialah mata yang melihat kepada perkara yang tidak dihalalkan baginya melihat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi solallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ

Artinya : “Telah ditulis atas manusia akan bahagiannya daripada zina tiada mustahil dia mendapatkannya. Bermula zina mata itu ialah memandang (kepada yang diharamkan.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan setengah dari perkara yang diharamkan melihatnya itu ialah perempuan yang bukan mahram.

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

حَرَّمت الشريعة الإسلامية النظر إلى الأجنبيات فلا يحل لرجل أن ينظر إلى امرأة غير زوجته أو محارمه من النساء

artinya : “Agama Islam telah mengharamkan memandang kepada perempuan-perempuan ajnabiah maka tiada halal bagi lelaki bahawa melihat ia kepada perempuan selain isterinya atau sekelian mahramnya yang perempuan.” (Kitab Tafsir Rawa’iul Bayan)

Dan tempat yang mudah berlaku melihat kepada perempuan ajnabiyah itu ialah ditepi jalan dan di pasar-pasar dan tempat orang berkumpul.

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah berpesan dengan sabdanya :

فأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ قَالُوا: ومَا حَقُّ الطَّرِيق يَارَسُولَ اللَّه؟ قَالَ: غَضَّ البَصَرِ

Artinya : “Maka kamu sekelian berikanlah segala jalan itu akan haknya. Berkata manusia : Dan apakah itu hak jalan wahai Rasulullah? Sabdanya : Tundukkan padangan.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Bermula pandangan yang diharamkan syarak itu ialah pandangan yang disengajakan seperti sengaja melihat kepada aurat atau kepada badan perempuan atau seumpamanya.

Adapun jika bukan disengajakan seperti terpandang atau tersalah memandang maka tidak berdosa tetai wajib dia berpaling dengan segera kepada arah yang lain.

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. beliau berkata : Aku telah bertanyakan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tentang pandangan yang tidak disengajakan lalu sabdanya : Palingkanlah pandanganmu.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

أما نظرة الفجأة فلا إثم فيها ولا مؤاخذة لأنها خارجة عن إرادة الإنسان، فلم يكلفنا الله جل ثناؤه ما لا نطيق ولم يأمرنا أن نعصب أعيننا إذا مشينا في الطريق، فالنظرة إذا لم تكن بقصد لا مؤاخذة فيها

Artinya : “Adapun pandangan tiba-tiba yakni tidak disengajakan maka tiada dosa padanya dan tiada diambil balas dengannya kerana sungguhnya ia terkeluar dari kehendak seseorang maka Allah tidak memberatkan kita akan suatu yang kita tidak ada kemampuan dan tidak diperintahkan kita supaya membalut mata apabila keluar berjalan di jalanan. Maka penglihatan yang tiada padanya kesengajaan nescaya tidaklah akan diambil balas padanya.” (Kitab Tafsir Rawa’iul Bayan)

Demikianlah setengah dari pandangan yang haram itu ialah memandang kepada aurat sesama jantina.

Telah diriwayatkan daripada Abu Said r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عوْرةِ الرَّجُلِ، وَلا المَرْأةُ إِلَى عوْرَةِ المَرْأةِ

Artinya : “Tiada harus lelaki melihat kepada aurat lelaki dan tiada harus perempuan melihat kepada aurat perempuan.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan setengah dari kelebihan yang diperolehi bagi orang yang memelihara matanya dari melihat yang diharamkan oleh Allah ialah dikurniakan kepadanya rasa manis ketika melakukan ibadah.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Artinya : “Tiada seorang Islam yang melihat kepada kecantikan seorang perempuan lalu dia memalingkan pandangannya itu melainkan Allah akan menggantikan baginya dengan rasa manis beribadah.” (Hadith riwayat Ahmad)

MEMELIHARA TANGAN

Kemudian sekali Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

وكفوا أيديكم

Artinya : “Dan tahanlah sekelian tangan kamu.”

Berkata Imam Al-Munawi :

(وكفوا أيديكم) امنعوها من تعاطي ما لا يجوز تعاطيه شرعا فلا تضربوا بها من لا يسوغ ضربه ولا تناولوا بها مأكولا أو مشروبا حراما ونحو ذلك

Artinya : “Dan hendaklah kamu sekelian menahan tangan-tangan kamu yakni hendaklah kamu sekelian menghalang tangan-tangan kamu dari mengambil suatu yang haram mengambilnya di sisi syarak dan jangan kamu menggunakan tangan kamu untuk memukul barang yang tidak harus kamu memukulnya dan jangan kamu menggunakan tangan-tangan kamu untuk mencapai makan dan minuman yang haram dan seumpama yang demikian itu.” (Kitab Faidhul Qadir)

Sungguhnya orang yang sempurna imannya adalah orang yang selamat orang Islam yang lain dari kejahatan tangannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas r.a. beliau berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

المُسْلِمُ منْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ ويدِهِ

Artinya : “Orang Islam itu ialah mereka yang selamat sekelian orang Islam dari lidahnya dan tangannya.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beramal Soleh

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal." (HR Ahmad No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.

2. Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.

3. Allah memberikan taufik kepada Muslim yang baik untuk ia melakukan amal soleh sehinggalah ia meninggal dunia.

4.Taufik adalah restu Allah berupa terwujudnya amal-amal baik.

Dalam Kitab Jauharah Tauhid : Taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

5.Taufiq tidak akan diberikan Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA

Berusaha bersungguh-sungguh di 10 awal bulan Zulhijjah ini dengan amal soleh dan berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh hingga akhir hayat kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

04hb Julai 2022
04hb Zulhijjah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui.

Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.

Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102)

Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?

Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.

Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab:

Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102).

Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.

Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)

Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

*JANGAN SAMPAI ISTRI & ANAK-ANAKMU DI HARI KIAMAT MENJADI MUSUHMU*

Wahai suami, istri dan anak²mu kelak akan menuntut tanggung jawabmu, pun akan memusuhi kamu , membencimu, bahkan mereka yg akan mendorongmu ke neraka.
.
Kau tau kenapa?
.
Saat tugasmu sebagai suami dalam membimbing mereka (anak dan istrimu) tidak kau laksanakan dg benar.
Perintah sholat tidak kau wajibkan pada mereka, kau sibuk mengikuti berbagai majlis ta'lim sementara anak dan istrimu kau biarkan bgitu saja tanpa kau bagi ilmu yg tlah kau dapat, membiarkan mereka jauh dari syariat.
Kemudian, membiarkan anakmu bergaul dg bebas tanpa mengarahkan kepada kegiatan agama..
Membiarkan istrimu tidak dg syariat Islam dalam berbusana.
.
Ingatlah wahai suami,
Istri dan anak²mu adalah amanah. Dimana seluruh tanggungjawab ada di tanganmu.
.

Jika kau ingin gapai surga, maka sertakan istri dan anakmu...
Jangan biarkan mereka jadi bumerangmu di hari hisab kelak.
.
Waktunya sholat, bangunkan... Ajaklah mereka sholat..
Itulah hakikat cinta sejati. Tak ingin terpisah di alam yg abadi nanti kembali menjadi satu keluarga.``


Al-Habib Taufiq bin Abdul Qodir Assegaf ❣️
04 Zulhijjah 1443H
04 Julai 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Nafsumu sering mengajakmu melihat keburukan dan aib orang lain, sedangkan dirimu juga ada begitu banyak aib dan keburukan...

طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس
(أخرجه الديلمي في مسند الفردوس عن أنس تصحيح السيوطي: حسن‏)

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada keburukan aib manusia."
(Hadith Riwayat Ad Dailami)

Jalan-jalan tarbiyyah demi mencapai ketenangan dan ketenteram hidup di dua alam kehidupan...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
رواه مسلم

Daripada Abu Hurairah berkata ia, Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

"Barangsiapa yang menolong mengatasi kesulitan mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan kesusahannya di akhirat."

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَلآخِرَةِ

Barangsiapa yang membantu memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan di akhirat.

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.

وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

Allah ta'ala sentiasa menolong hamba-Nya, selama hamba itu menolong sesamanya.

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Barangsiapa menempuh jalan mencari ilmu, Allah akan memberikan kemudahan baginya jalan ke syurga.

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْملائِكَةُ

Tidaklah suatu kelompok berkumpul di salah satu rumah dari rumah Allah, lalu membaca kitab Allah, dan mempelajarinya secara mendalam di antara mereka, kecuali Allah ta'ala akan menurunkan bagi mereka ketenteraman dan rahmat yang melimpah. Mereka juga dikerumuni Malaikat, yang mendo’akan.

وَذَكَرَهُمْ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Allah juga menyebut-nyebut kebaikan mereka kepada yang ada di dekatNya.

وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Barangsiapa yang lalai beramal, tidak mungkin dapat mencapai darjat kedudukan yang dimiliki oleh yang tersebut tadi.

Oleh kerana itu...

(1) Bila inginkan keringanan bebanan hidup, maka hendaklah memberi keringanan pada orang lain,

(2) Bila ingin terlepas dari berbagai kesusahan, maka jangan menyusahkan orang,

(3) Bila tidak mahu terbongkar aib diri sendiri, maka jangan membukakan aib orang lain,

(4) Jika ingin mendapat pertolongan Allah, maka seringlah menolong sesama manusia,

(5) Bila ingin mudah menempuh jalan ke syurga, maka habiskan umur demi menuntut ilmu,

(6) Bila inginkan ketenteraman hidup, maka manfaatkanlah usia untuk tilawah dan mempelajari Al Quran,

(7) Bila ingin mendapat rahmat Allah dan penjagaan Malaikat, maka manfaatkan kehidupan dengan ilmu dan ibadah.

Justeru, tahanlah lidahmu dari memuaskan kehendak nafsumu itu...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2.Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka.

4.Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5.Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

6.Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7.Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

8.Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9.Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.

10.Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

05hb Julai 2022
05hb Zulhijjah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram