MEKANIK IMAN.
327 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.14K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
21 Syawal 1445H
30 April 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Memang lupa adalah di antara kelemahan tabi’i manusia. Manusia tidak lari dari sifat pelupa. Malah ada sebuah ungkapan syair arab yang masyhur mengatakan:

وما سُمِّي الإنسان إلا لنَسْيِه

“Dan tidaklah dinamakan manusia itu melainkan kerana sifat pelupanya.”

Oleh itu, Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun memaafkan hamba-hambaNya jika ia melakukan sesuatu yang terlarang tetapi kerana tidak sengaja, terlupa dan dipaksa.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي: الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ.

“Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ketika ia tidak sengaja, lupa, dan dipaksa.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
 
Namun, lupa dalam diri manusia tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan dan penyembuhan. Kerana ia boleh dijadikan sebagai tunggangan oleh nafsu dan syaitan.

Nafsu boleh menjadikan manusia lalai dan cuai terhadap dirinya sendiri.

Lupa kesalahan, keburukan dan keaiban dirinya.

Lupa kejahilan diri sendiri terhadap ajaran Allah.

Lupa dosa dan kemungkaran yang telah dibuat oleh dirinya sendiri.

Lupa kepada kelalaian dan kecuaian amalan dirinya sendiri.

Lupa nasib dan keadaannya di akhirat nanti.

Lupa dengan persiapan dan bekalan dirinya untuk memberatkan timbangan amalnya.

Bahkan, lupa pada pertemuan yang bakal berlaku dengan Tuhannya.

Oleh itu, manusia mendapat celaan dari Allah SWT.

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?
(Al Baqarah: 44)

قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".
(Taha: 126)

فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini. Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.
(As Sajadah: 14)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Al Hasyr: 19)

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ

Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong".
(Al Jatsiyah: 34)

Di antara kawalan dan penyembuhan kepada hati agar tidak dikuasai oleh lupa ialah memperbanyakkan zikrullah. Kerana zikir bererti 'ingat’ iaitu lawan kepada lupa.

وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا ‎

“Dan sebutlah nama Tuhan kamu apabila kamu terlupa.”
(Al Kahfi: 24)

Manusia juga memerlukan tazkirah dan peringatan.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ ‎

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
(Al A’laa: 9)

Sesungguhnya tazkirah dan peringatan yang terbaik ialah yang datang dari Allah SWT.

إِنَّ هَـٰذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا ‎

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
(Al Insan: 29)
Justeru, basahkanlah lidah dan hatimu dengan zikrullah dan Al Quran, ianya sentiasa hidup berhubung dengan Tuhanmu...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Untuk kita mendapat kesempurnaan iman,

Hendaklah kita perelok dan perbaiki akhlak kita kerana sesungguhnya akhlak dan iman tidak dapat dipisahkan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pekerjaan Paling Baik

عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi

Pengajaran:

1.  Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan.

2.  Sumber nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak.

3.  Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri juga perniagaan yang halal.

4.  Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru, pegawai tadbir dan yang lain-lain.

5.  Perniagaan yang baik bermaksud perniagaan atau perusahaan yang bersih dari penipuan dan kecurangan. Baik kecurangan timbangan mahupun kecurangan dengan menyembunyikan cacatnya barang yang dijual.

Selamat Hari Pekerja. Pekerja Kesuma Bangsa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Mei 2024
22hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Al-Quran

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

"Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan  kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatNya, dan supaya  mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran".
(Sad: 29)

Ketahuilah di antara sebab yang dapat mendatangkan kecintaan Allah SWT kepada seorang hamba adalah membaca al-Quran dengan khusyuk dan berusaha memahaminya.

Para salafussoleh, ketika membaca al-Quran, mereka sangat menghayati maknanya sambil berusaha mengamalkannya. Para salafussoleh juga sentiasa menghidupkan hari-hari mereka dengan al-Quran, sepanjang waktu siang mahupun malam. Mereka selalu mempersiapkan hati ketika membaca al-Quran, sehingga hati mereka selalu terasa hidup dan jauh dari kelalaian.

Abu Abdul Rahman al-Sulami rahimahullah, seorang tabien, Imam dan ahli Qurra' di Kuffah berkata:

كان أصحابنا يقرئونا ويعلمونا ويخبرونا أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرئ أحدهم عشر آيات فما يجاوزها حتى يتعلم العمل فيها قال : وقالوا علمنا القرآن والعمل جميعا

"Mereka (para sahabat) yang mengajarkan kami Al-Quran telah memberitahu kami bahawa Nabi SAW mengajarkan mereka 10 ayat dari al-Quran dan mereka tidaklah menambah ayat yang baru sehingga mereka belajar untuk beramal dengannya. Lalu mereka pun berkata:" Kami belajar al-Quran dan beramal dengannya secara serentak".

Diriwayatkan mengenai sahabat Nabi SAW yang bernama Sayidina Tamim bin Aus Ad-Dari r.a, seorang yang banyak beribadah dan kuat membaca kitab Allah. Abu Qilabah meriwayatkan daripada Abu al-Muhallab bahawa Sayidina Tamim ad-Dari r.a mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam tempoh tujuh hari. Bukan itu sahaja, malah ‘Asim al-Ahwal ada meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawasanya Sayidina Tamim ad-Dari r.a membaca al-Quran dalam satu rakaat. Diceritakan juga bahawa beliau pernah mendirikan solat malam sehingga ke waktu Subuh atau hampir-hampir waktu Subuh dengan hanya membaca satu ayat al-Quran secara berulang-ulang dan menangis kerana menghayati makna dan pengajarannya. Ayat tersebut ialah:

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh".
(al-Jathiyah: 21)

Bukti terbesar cinta kepada al-Quran, apabila seseorang itu berusaha untuk mehamami, merenungi  dan memikirkan makna-maknanya. Sebaliknya, bukti kelemahan cinta kepada al-Quran atau tidak cinta sama sekali, iaitu berpaling tidak merenungi maknanya.

Moga kita sentiasa mencintai al-Quran dengan sentiasa berusaha memahami isi kandungannya dan beramal dengan penuh penghayatan, keinsafan dan kesungguhan.
22 Syawal 1445H
01 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap.

Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki.

Oleh itu, perhalusilah akhlakmu wahai saudaraku sekelian kerana akhlak itu adalah dakwah...

وأخرج الترمذي وابن حبان وصححاه وهو عند البخاري في " الأدب المفرد " من حديث أبي هريرة :
" سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة , فقال : تقوى الله وحسن الخلق "

Daripada Abu Hurairah RA:
"Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah SAW tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi & Ibnu Hibban)

(ألا أخبركم بأحبكم إلى الله وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة قالوا بلى يا رسول الله قال أحسنكم خلقا)
اخرجه ابن حبان في صحيحه

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu yang paling dikasihi Allah di kalangan kamu dan yang paling dekat kepada ku tempat duduknya pada hari kiamat? Mereka berkata: Bahkan wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: Yang paling baik akhlak di kalangan kamu".
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

ألا أخبركم بمن تحرم عليه النار تحرم على كل قريب هين لين سهل

Mahukah aku khabarkan kepada kamu dengan orang yang diharamkan neraka atasnya, diharamkan atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), ringan, lembut dan mudah (dalam pergaulan).
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia bercakap yang baik atau hendaklah berdiam diri".
(Muttafaq 'alaih)

عن أنس قال : لقي رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا ذر فقال : يا أبا ذر ألا أدلك على خصلتين هما أخف على الظهر ، وأقل ( في الميزان ) من غيرهما ؟ قال : بلى يا رسول الله ،{ قال عليك بحسن الخلق ، وطول الصمت ، فوالذي نفسي بيده ما عمل الخلائق بمثلهما } .
أخرجه ابن أبي الدنيا والطبراني والبزار وأبي يعلى بإسناد جيد

Daripada Anas bin Malik:
Rasulullah SAW bertemu dgn Abu Dzar;
"Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang kedua-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya daripada yang lain. Abu Dzar berkata; Ya. Baginda bersabda: Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu".

Apa faedah kuat berhujjah dan berbantah, kalau jama'ah jadi pecah...

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Anfaal: 46)

وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ

"dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."
(Ali-Imran: 144)

Doa Rasulullah SAW,
“Ya Allah, aku mohon kesihatan dalam keimanan, keimanan dalam keindahan akhlak, kemenangan yang disertai keberuntungan, rahmat dari sisi-Mu, keselamatan dan pengampunan, serta keredhaan dari sisi-Mu.”
(Hadith Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Hakim)

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ...

Justeru, perhalusilah pandangan mata hatimu terhadap diri sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jujur Dengan Upah, Jangan Khianat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ

Daripada Abdullah bin Buraidah RA dari ayahnya, dari Nabi SAW baginda bersabda: Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (HR Abu Daud, no 2943) Status: Hadis Sahih; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Pengajaran:

1.  Setiap orang yang dilantik sebagai pekerja dan dibayar gaji oleh majikan hasil daripada pelaksanaan kerja seperti yang dipersetujui, maka pendapatan yang diperolehi adalah bersih dan halal.

2.  Orang yang mengambil upah selain daripada yang ditetapkan oleh majikan yang bukan haknya adalah suatu pengkhianatan.

3.  Pengkhianatan itu boleh dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan, ‎peratusan, hadiah, kemudahan, jawatan, undi, kontrak, tuntutan palsu, perlepasan, penyelesaian, perlindungan dan sebagainya.

4.  Mereka yang terlibat dengan pengkhianatan ini akan dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram, Neraka lebih utama untuknya. Dengan rezeki pengkhianatan tersebut,  akan hilang keberkatan ‎dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan malah terdorong ‎ke arah kemaksiatan dan kejahatan.‎

5. Berjaga-jagalah sesuatu yang diterima berupa hadiah. Saidina Umar al-Khattab turut memperingatkan gejala hadiah ini, “Berjaga-jagalah dengan hadiah kerana ia merupakan rasuah”. Tidak hairanlah Saidina Umar menghantar pulang hadiah anak kaisar Rom kepada isteri Umar dan menegahnya menerima apa-apa hadiah lagi.

6. Saidina Ali pernah mengingatkan: “Zaman akan datang, manusia menghalalkan rasuah dengan (nama) hadiah”.

7. Dalam Nihayah al-Muhtaj menyebut, “Menutup pintu menerima (hadiah) secara mutlak adalah terlebih awla (terbaik), bagi menutup pintu (perselisihan)”.

Dalam kita membina Negara Malaysia yang harmoni dan Sejahtera, setiap kita khususnya pekerja dan pemimpin dapat melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran. Jangan sesekali berlaku khianat. Pekerja Kesuma Bangsa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

02hb Mei 2024
23hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Surah al-Kahfi

إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡیَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةࣰ وَهَیِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدࣰا

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
(al-Kahfi: 10)

Antara kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi adalah akan dilindungi Allah SWT daripada fitnah Dajjal.

Abu Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

"Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, dia akan dipelihara daripada Dajjal".
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam syarahnya:
"Dikhususkan awal surah ini kerana terdapat keajaiban dan tanda-tanda, maka sesiapa yang mentadabbur ayatnya maka dia tidak akan terkena fitnah dajjal".
(Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

Apa yang perlu ditakutkan dengan dajjal?

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada fitnah sejak wujud manusia sejak Nabi Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang lebih besar daripada fitnah Dajjal".
(Hadith Riwayat Muslim)

Ini kerana Dajjal akan menawarkan perkara-perkara yang diingini manusia yang pada waktu itu manusia dalam keadaan serba kekurangan seperti makanan dan minuman. Maka pada waktu itu Dajjal akan menghidupkan pokok yang mati serta menurunkan hujan dengan izin Allah. Mereka yang mematuhi perintah Dajjal akan diberikan ganjaran olehnya dengan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang mengingkarinya akan dimasukkan dalam neraka. Hakikat kebenaran neraka di sisi pandangan Dajjal adalah syurga dan syurga adalah neraka. Begitulah besar dan dahsyatnya fitnah Dajjal ini.

Daripada Sayidina Huzaifah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى ، جُفَالُ الشَّعَرِ ، مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ ، فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

"Dajjal itu cacat matanya yang kiri, kerinting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya ialah syurga dan syurganya ialah neraka".
(Hadith Riwayat Muslim)

Maka di antara fitnah/cabaran dahsyat umat akhir zaman, yang mengiringi sebelum keluarnya Dajjal ialah: cabaran mempertahankan dari aqidah sesat; cabaran kejahilan; cabaran penguasa yang zalim; dan cabaran kenikmatan dunia.

Kalau kita tidak dapat mempertahankan diri dari cabaran tersebut maka rugilah kita dunia dan akhirat. Sebab itu dalam ayat ke 10, surah al-Kahfi, pemuda al-Kahfi berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Marilah sama-sama kita baca, fahami dan amalkan surah al-Kahfi dan doa pemuda al-Kahfi. Semoga kita dilindungi Allah daripada segala fitnah/cabaran yang amat dahsyat di zaman kini.
23 Syawal 1445H
02 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kemuliaan seorang hamba yang kaya yang bersyukur.

إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمُ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، إِلاَّ مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا ، فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ ، وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memperbanyak (harta) adalah orang-orang yang menyedikitkan (kebaikannya) pada hari Kiamat, kecuali orang yang Allâh berikan kepadanya kebaikan, lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya, dan belakangnya; dan dia berbuat kebaikan pada hartanya.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
“Yang dimaksudkan dengan ‘memperbanyak’ adalah dengan harta, dan ‘menyedikitkan’ adalah dengan pahala akhirat. Ini (terjadi) pada diri orang yang memperbanyak harta, akan tetapi dia tidak memenuhi sifat dengan yang ditunjukkan oleh pengecualian setelahnya, iaitu berinfaq”.
(Fathul Bari)

Dari hadith ini, kita mengetahui bahawa ramai orang kaya itu lupa bersyukur kepada Pemberi nikmat hakiki, iaitu Allah. Mereka hanya sibuk dalam urusan harta dan dunia, melalaikan urusan akhirat dan amalan yang mulia. Akibatnya, mereka terlalu sedikit yang berusaha mendapatkan kebaikan di sisi Tuhannya. Kecuali orang yang banyak berinfak untuk meraih keredhaan Allah dengan memberikan harta kepada orang-orang yang memerlukan di mana saja mereka berada.

Sebaik-baik harta ialah yang ada pada tangan seorang hamba yang soleh.

Sahabat yang mulia, ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhu berkata:

بَعَثَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : “خُذْ عَلَيْكَ ثِيَابَكَ وَسِلاَحَكَ ثُمَّ ائْتِنِى “. فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَصَعَّدَ فِىَّ النَّظَرَ ثُمَّ طَأْطَأَهُ فَقَالَ : “إِنِّى أُرِيدُ أَنْ أَبْعَثَكَ عَلَى جَيْشٍ فَيُسَلِّمَكَ اللَّهُ وَيُغْنِمَكَ وَأَرْغَبُ لَكَ مِنَ الْمَالِ رَغْبَةً صَالِحَةً “. قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَسْلَمْتُ مِنْ أَجْلِ الْمَالِ وَلَكِنِّى أَسْلَمْتُ رَغْبَةً فِى الإِسْلاَمِ وَأَنْ أَكُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَقَالَ “: يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ “

Rasulullah ‎SAW mengutus seseorang kepadaku, beliau memerintahkan, “Ambillah pakaianmu dan senjatamu, lalu menghadaplah kepadaku!” Aku pun mendatangi Baginda ketika Baginda sedang berwudhu’. Baginda melihat-lihat kepadaku, kemudian bersabda, “Aku akan mengutusmu memimpin satu pasukan, semoga Allah akan menyelamatkanmu dan memberimu harta rampasan perang. Aku berharap engkau menyukai harta dengan kesukaan yang baik”. ‘Amr bin al-Ash mengatakan, “Wahai Rasulullah, aku tidak masuk Islam kerana harta. Tetapi aku masuk Islam kerana mencintai Islam dan agar aku bersama Rasulullah“. Maka Baginda SAW bersabda, “Hai Amr, sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang soleh.”
(Hadith Riwayat Ahmad)

Darjat manusia bertingkat-tingkat di hadapan Allah, dan orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Barangsiapa lebih banyak melakukan ketaatan dan lebih banyak meninggalkan kemaksiatan, dengan diiringi keimanan dan keikhlasan, maka dia lebih mulia di sisi Allah. Oleh kerana itu, Nabi SAW memberitakan bahawa orang yang kaya dan berilmu, lalu bersyukur dengan cara bertaqwa kepada Allah SWT dengan ilmu agama dan hartanya, dia adalah orang yang paling mulia di sisi-Nya. Sebagaimana di sebutkan di dalam hadith berikut:

عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنَّمَارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ, وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلَمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا, وَلَا فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ: عَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ
وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ ،وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ ،وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ ،
وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ .

Dari Abu Kabsyah al-Anmâri Radhiyallahu anhu, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiga (perkara) aku bersumpah terhadap ketiganya, dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda bersabda: “Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan kezaliman, lalu dia bersabar terhadap kezaliman itu kecuali Allâh menambahkan kemuliaan kepadanya. Tidaklah seorang hamba membuka pintu meminta-minta, kecuali Allah membukakan pintu kefakiran, atau kalimat seperti itu. Dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda ‎SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia itu untuk 4 orang:

1) Hamba yang Allah berikan rezeki kepadanya berupa harta (dari jalan yang halal) dan ilmu (agama Islam), kemudian dia bertaqwa kepada Tuhannya pada rezeki itu (harta dan ilmu), dia berbuat baik kepada kerabatnya dengan rezeki, dan dia mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling utama (di sisi Allah).

2) Hamba yang Allah berikan rezeki kepadanya berupa ilmu, namun Dia (Allah) tidak memberikan rezeki berupa harta, dia memiliki niat yang baik. Dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (orang pertama yang melakukan kebaikan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya (yang baik), pahala keduanya (orang pertama dan kedua) sama.

3) Hamba yang Allah berikan rezeki kepadanya berupa harta, namun Dia (Allah) tidak memberikan rezeki kepadanya berupa ilmu, kemudian dia berbuat sembarangan dengan hartanya dengan tanpa ilmu. Dia tidak bertaqwa kepada Tuhannya, dia tidak berbuat baik kepada kerabatnya dengan hartanya, dan dia tidak mengetahui hak bagi Allah padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling buruk (di sisi Allah).

4) Hamba yang Allah tidak memberikan rezeki kepadanya berupa harta dan ilmu, kemudian dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (dengan orang ketiga yang melakukan keburukan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya, dosa keduanya sama.
(Hadith Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadith ini menunjukkan bahawa hamba yang paling utama di sisi Allâh adalah hamba yang kaya dan bersyukur. Kerana bertaqwa kepada Allâh pada nikmat yang telah Dia berikan, berbuat baik kepada kerabat, dan mengetahui hak bagi Allah SWT pada nikmat adalah perwujudan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya.

Justeru, jadilah seorang hamba yang sentiasa bersyukur...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Sesungguhnya Allah kadang mengampuni hambaNya yang berbuat dosa besar, maka janganlah kita putus asa dengan rahmatNya.

Dan kadang mengazab hambaNya yang berbuat dosa kecil, maka janganlah kita terlena dengan ibadah kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pemberi Bukan Peminta

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ

Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6.  Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya:

وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم وَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’ Ayat: 70).

7.  Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا  فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)

8.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan, kerja kilang dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain. Pekerja Kesuma Bangsa.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

03hb Mei 2024
24hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Kebaikan

وَلَا تَسۡتَوِی ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّیِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِی بَیۡنَكَ وَبَیۡنَهُۥ عَدَ ٰ⁠وَةࣱ كَأَنَّهُۥ وَلِیٌّ حَمِیمࣱ * وَمَا یُلَقَّىٰهَاۤ إِلَّا ٱلَّذِینَ صَبَرُوا۟ وَمَا یُلَقَّىٰهَاۤ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِیمࣲ

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat".
(Fuṣṣilat: 34-35)

Sahabat yang mulia, Sayidina Ibnu Abbas r.huma mengatakan:
"Allah memerintahkan pada orang beriman untuk bersabar ketika ada yang membuatnya marah, membalas dengan kebaikan jika ada yang buat jahil, dan memaafkan ketika ada yang buat jahat. Jika setiap hamba melakukan seperti ini, Allah akan melindunginya dari gangguan syaitan dan akan menundukkan musuh-musuhnya. Malah yang sentiasa bermusuhan dapat menjadi teman rapatnya kerana tingkah laku baik seperti ini".

Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata:
"Namun yang mampu melakukan seperti ini adalah orang yang memiliki kesabaran. Ini kerana membalas orang yang menyakiti kita dengan kebaikan adalah suatu yang berat bagi setiap jiwa".

Orang yang sabar, mampu memaafkan orang yang melakukan kejahatan padanya. Seseorang yang selalu memaafkan akan semakin mulia dan bertambah kemuliaannya. Ia juga akan mendapatkan balasan dan kemuliaan di akhirat. Begitu pula orang yang tawadhu’ (rendah diri) kerana Allah, ia akan ditinggikan darjatnya di dunia, Allah akan sentiasa meneguhkan hatinya dan meninggikan darjatnya di sisi manusia, serta kedudukannya pun akan semakin mulia. Di akhirat pun, Allah akan meninggikan darjatnya kerana ketawadhukannya di dunia.

Maka, disepanjang hidup kita ini, lakukanlah kebaikan pada setiap masa. Balaslah kejahatan dengan kebaikan. Buat baik tanpa mengharapkan sesuatu maka hasilnya adalah kebahagiaan di akhirat kelak.

Daripada sahabat yang mulia, Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

إِنَّكُمْ فِي مَمَرِّ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ؛ فِي آجَالٍ مَنْقُوصٍ وَ أَعْمَالٍ مَحْفُوظَةٍ وَ الْمَوْتُ يَأْتِي بَغْتَةً؛ فَمَنْ زَرَعَ خَيْرًا فَيُوشِكُ أَنْ يَحْصُدَ رَغْبَةً وَ مَنْ زَرَعَ شَرًّا فَيُوشِكُ أَنْ يَحْصُدَ نَدَامَةً وَ لِكُلِّ زَارِعٍ مِثْلُ مَا زَرَعَ

"Sungguh kalian berada dalam perjalanan (putaran) malam dan siang, umur yang semakin berkurang, amalan yang sentiasa tercatat, dan kematian yang akan datang secara tiba-tiba. Siapa yang menabur benih kebaikan, dia akan menuai kebahagiaan. Siapa yang menanam kejahatan, dia akan menuai penyesalan. Setiap yang menanam akan mendapatkan seperti yang dia tanam".
(Al-Fawaid)

Jom jadi orang baik. Tangani kejahatan dengan kebaikan. Moga kita beroleh kebaikan yang banyak di akhirat kelak, aamiiin...
24 Syawal 1445H
03 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Cara melaksanakan agama

هُوَ الَّذِيْۤ اَرْسَلَ رَسُوْلَهٗ بِالْهُدٰى وَدِيْنِ الْحَـقِّ لِيُظْهِرَهٗ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهٖ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ

"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."
(As-Saff: 9)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Orang yang memberat-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras, ia akan lemah dan menghentikan amalannya. Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan. Ahli bahasa mengatakan ertinya ialah bersederhana dalam amalan. Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna, maka lakukan sekadar menghampirinya. Bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Ini bererti, tidak berkurangan ganjaran amalan orang yang tidak berupaya untuk beramal dengan cara yang paling sempurna, sekiranya ia tidak disengajakan. Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukannya di waktu yang sesuai.

Ibnu Mas'ud meriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

تَحْتَرِقُونَ تَحْتَرِقُونَ فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْفَجْرَ غَسَلَتْهَا،ثُمَّ تَحْتَرِقُونَ فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الظُّهْرَ غَسَلَتْهَا، ثُمَّ تَحْتَرِقُونَ تَحْتَرِقُونَ فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْعَصْرَ غَسَلَتْهَا، ثُمَّ تَحْتَرِقُونَ تَحْتَرِقُونَ فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْمَغْرِبَ غَسَلَتْهَا، ثُمَّ تَحْتَرِقُونَ تَحْتَرِقُونَ فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْعِشَاءَ غَسَلَتْهَا ثُمَّ تَنَامُونَ فَلَا يُكْتَبُ عَلَيْكُمْ حَتَّى تَسْتَيْقِظُوا.

“Kamu sekalian berbuat dosa, maka kamu telah melakukan solat Subuh maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu sekalian berbuat dosa, maka jika kamu melakukan solat Zuhur, maka solat itu membersihkannya. Kemudian berbuat dosa lagi, maka jika kamu melakukan solat Asar maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu berbuat dosa lagi, maka jika kamu melakukan solat Maghrib, maka solat itu membersihkannya. Kemudian kamu berbuat dosa lagi, maka jika kamu melakukan solat Isyak, solat itu akan membersihkannya. Kemudian kamu tidur maka tidak lagi dicatat dosa bagi kamu hingga kamu bangun".
(Hadith Riwayat At-Tabarani)

Keikhlasan dalam beragama

Daripada Tamim Al-Dari RA, Nabi SAW bersabda:
"Agama adalah nasihat". Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Keterangan untuk hadith diatas. Nasihat terhadap Allah itu, beriman kepada Allah, sifat-sifatNya dan menyucikan-Nya daripada sebarang kekurangan. Melakukan ketaatan dan menjauhkan maksiat. Nasihat terhadap kitab-Nya ialah mengimani bahawa ia adalah kalam Allah yang diturunkan, menghormati kedudukannya yang tinggi, membacanya dengan betul dan tidak melanggar batasannya. Nasihat terhadap Rasulullah pula ialah mempercayai risalahnya, beriman kepada segala apa yang dibawanya, mentaati, membela, menghidupkan sunnah, memerangi musuhnya dan menolong orang yang menyokong. Nasihat terhadap pemimpin maknanya ialah membantu dan mentaati pemerintah atas dasar kebenaran, mengingatkan mereka dengan baik terhadap perkara yang. diabaikan, tidak memberontak dan menjinakkan hati manusia agar mentaati mereka.

وَاِنَّ هٰذِهٖۤ اُمَّتُكُمْ اُمَّةً وَّاحِدَةً وَّاَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُوْنِ

"Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu."
(Al-Mu'minun: 52)

Justeru, bersungguh dan ikhlaslah dalam beribadah...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Awal Pagi Waktu Barakah

عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ

Daripada Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.

2.  Rasulullah mendoakan umatnya keberkatan pada setiap waktu pagi.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

(Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka)

3.  Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.

4.  Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.

5.  Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.

6.  Waktu sebelum terbitnya matahari umpama waktu rezeki diluluskan manakala apabila terbitnya matahari, waktu rezeki diagih-agihkan.

Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan. Pekerja Kesuma Bangsa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

04hb Mei 2024
25hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
25 Syawal 1445H
04 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sombong akan menghalangi seseorang dari ketundukan.

Jika tiang kesombongan itu runtuh, dia akan mudah untuk melakukan ketundukan kepada Allah.

Manusia sering terlupa bahawa yang
mentadbir dan mentakdirkan segala
yang di bumi dan di langit ialah Allah.

Sebab itulah manusia menjadi sombong dan bongkak.

Jangan kamu sombong kerana asal usulmu dari tanah

Firman Allah SWT :

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلࣲ مِّنۡ حَمَإࣲ مَّسۡنُونࣲ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."
(Al-Hijr: 26)

Lagak akal dan nafsu manusia bagaikan melangit yang ia tahu, sedangkan ilmunya tidak sebanyak setitis ilmu di lautan pun...

Allah SWT berfirman:

قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّـكَلِمٰتِ رَبِّيْ لَـنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ اَنْ تَـنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّيْ وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهٖ مَدَدًا

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"."
(Al-Kahf: 109)

Allah SWT berfirman:

وَلَوْ اَنَّ مَا فِى الْاَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ اَقْلَامٌ وَّالْبَحْرُ يَمُدُّهٗ مِنْۢ بَعْدِهٖ سَبْعَةُ اَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمٰتُ اللّٰهِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Luqman: 27)

Siapa yang merendahkan diri, maka Allah akan mengangkat maqamnya. Dan siapa yang sombong, Allah akan merendahkan maqamnya.

Tidak akan ada sikap merendahkan makhluk dalam diri orang yang sibuk dengan keburukkan dirinya.

Janganlah kamu berbangga dan sombong (dengan ilmu yang dimiliki) kerana jika Allah hendak kembalikan kamu kepada kejahilan "Kun Faya Kun".

Sesiapa yang meninggalkan sombong, akan diberikan taufik untuk bertawadhuk.

Disaat Allah beri macam-macam kelebihan kepada kita...

Allah juga beri beberapa kekurangan supaya kita tidak sombong dengan kelebihan diri serta tidak memandang rendah kekurangan orang lain.

Belajarlah merendah diri hingga tak seorang pun yang bisa merendahkan mu...

Orang yang berilmu adalah yang merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Allah SWT.

Justeru, gunakanlah hati mu agar sedar diri dan tidak sombong serta suka merendah-rendahkan pandangan orang lain...

~ Abu Imtiyaz ~
Taqwa

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
(al-Ḥujurāt: 13)

Kita semua sama sahaja. Siapapun kita, apapun kedudukan kita, yang beza hanya pada taqwa. Siapa yang paling bertaqwa, dia yang paling mulia. Kemuliaan tidak diukur pada warna kulit, bangsa, harta, kedudukan atau rupa paras. Kemuliaan diukur pada nilai taqwa.

Dikisahkan suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana sahaja dia berada, dia dikelilingi oleh para penyair yang memuji-muja kehebatannya. Mereka mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya. Namanya terpahat di semua dinding-dinding istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerajaannya.

Pada suatu hari, ketika angkatan pengiringnya sedang berarak menuju ke suatu destinasi, dia terpandang seorang lelaki sedang tekun menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di mamah bumi. Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa yang sedang dilakukannya?

Lelaki itu berkata: "Patik berada di sini adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku". Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tidak terkira di hati raja. Dia berkata: "Bagaimana?"

Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan: "Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengesan tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun, anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!”

Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan membawanya ke hadapan raja sambil berkata: "Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa. Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di sisi tanah, wahai tuanku!"

Memang benar. Bumi sentiasa menanti. Perutnya sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada satupun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi! Kerana tanah tidak kenal siapa pemilik tulang. Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya. Kita tiada beza, melainkan pada taqwa.

Bertaqwalah, kerana dengan taqwa kita akan dimuliakan di akhirat kelak dan melayakkan kita ke syurga.
𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐖𝐚𝐟𝐚𝐭, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐟𝐚𝐭.

"Wahai Rasulullah, adakah tersisa perbuatan bakti kepada orang tua yang masih boleh saya lakukan sepeninggal mereka?"

Rasulullah menjawab: "Berdoa untuk mereka, melaksanakan janji mereka, menyambung tali silaturahim yang hanya terhubung melalui mereka serta memuliakan teman- teman mereka"

📌 HR Ahmad 3/279
Muhasabah malam ini

Dua jenis kejayaan di dunia dan akhirat adalah, kita bersabar melakukan sesuatu yang dicintai Allah sekalipun kita tidak menyukainya.

Dan membenci sesuatu yang dibenci oleh Allah sekalipun kita menyukainya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN