MEKANIK IMAN.
329 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.16K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Hadith 276 & 277 (..jika kamu mencari keburukan org, maka kamu telah merosakkannya..; jgn menyakiti, mencela atau mencari keburukan org2 Islam..)* _sila rujuk helaian kitab yg dilampirkan utk hadith penuh serta keterangan._
26 Zulkaedah 1443H
26 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Manusia menjadi pejuang bila ada pegangan yang diyakini terhunjam di dalam hatinya. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi keyakinan perjuangannya.

Perjuangan melahirkan para pejuangnya yang sanggup bersungguh-sungguh meluahkan usaha dan pemikiran, juga mampu mengharungi susah payah perjuangan.

Begitulah para pejuang aqidah dan iman yang mesti ada pada diri kereka dua unsur jihad dan perjuangan iaitu sanggup bersungguh-sungguh dan sanggup bersusah payah.

إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah: 111)

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al-Baqarah: 214)

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali 'Imran: 142)

Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa lebih baik daripada orang lain.

Selagi ada rasa itu, selagi itulah kita belum menjadi orang yang baik. Bahkan kitalah mungkin orang yang paling jahat.

Bukankah permulaan kejahatan syaitan itu bermula dengan rasa aku lebih baik daripada kamu!

Mengejar sesuatu yang hebat itu pasti sukar. Kita perlu bermujahadah untuk meraih satu janji yang hebat ini. Maksud mujahadah adalah fighting untuk tunduk hawa nafsu kita. Syurga itu amat hebat maka untuk memperolehi sesuatu yang hebat itu kita perlu perhebatkan diri.

Justeru, latihlah nafsu mu untuk menanggung susah payah dalam perjuangan, dan engkau bukan pejuang jika tidak bersungguh-sungguh dalam kerja perjuangan...

~ Abu Imtiyaz ~
"Fikir risau sesaat atas nasib Akhirat itu lebih baik dari dunia dan segala isinya'.

'Dengan asbab fikir risau akhirat Allah s.w.t memberikan taufik&hidayah yang bakal mengubah kehidupan seseorang itu menjadi istiqamah dalam Iman&Amal dan menjadi lebih baik di sisi Allah s.w.t"🌹

#SentiasaDiSisiAllahSWT🥰 #RapatkanSaff🤲🏽
𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗦-𝗦𝗔𝗝𝗗𝗔𝗛 :

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.

2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.

3- Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”

4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata;

“Tidak ada kesusahan bagimu.”"

5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”

6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”

7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).

“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan.
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.
Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:

“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata:

Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman:

Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.

𝗦𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗧𝗶𝗹𝗮𝘄𝗮𝗵 :

Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud.

Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah.

Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

.
Sumber: Pusat Pengajian Islam Muqry - Teluk Intan.
KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

💚 Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

💚 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Selamat beramal. dan dpt sampaikan..
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menarik Kembali Pemberian

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَقِيءُ ثُمَّ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ

Dari Ibnu 'Abbas RA berkata; Nabi SAW bersabda: "Orang yang meminta kembali apa yang telah dihibahkannya (dihadiah) bagaikan anjing yang muntah lalu menjilat (memakan) kembali apa yang dimuntahkannya ke dalam mulutnya".(HR Bukhari No: 2400) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara cara mengeratkan hubungan ukhuwah dan kasih sayang dengan orang lain ialah dengan cara saling memberi atau berhadiah.

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Dari 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian saling berjabat tangan, nescaya akan hilanglah kedengkian. Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya akan saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (HR Malik No: 1413)

2.Sesuatu yang telah dihadiahkan, dilarang untuk diambil kembali.

3.Orang yang mengambil kembali sesuatu yang telah dihadiahkan kepada orang lain seumpama anjing yang memakan muntahnya sendiri.

Setiap yang kita hadiahkan semata-mata mencari keredaan Allah dengan penuh keikhlasan jangan sekali-kali kita ambil kembali mahupun diungkit. Marilah kita bersifat RAHMAH dengan saling berhadiah, moga menjadi penguat kasih sayang.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Jun 2022
27hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Utama dan Bijak

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Dari Ibnu Umar RA bahawa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak." (HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Akhlak menjadi ukuran kemuliaan seseorang Mukmin. Mukmin yang paling utama adalah mereka yang paling baik akhlaknya

2.Kecerdikan Mukmin bukan hanya diukur keupayaannya di dunia. Mukmin yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati kematian dan sentiasa membuat persiapan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Ayuh kita menjadi orang yang paling utama dan paling bijak.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Jun 2022
28hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
❤️ Musafir Cinta ❤️

🌾Memutuskan Ukhuwah Menjauhkan Rahmat

عَنْ هِشَامَ بْنَ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ مُسْلِمًا فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ فَإِنْ كَانَ تَصَارَمَا فَوْقَ ثَلَاثٍ فَإِنَّهُمَا نَاكِبَانِ عَنْ الْحَقِّ مَا دَامَا عَلَى صُرَامِهِمَا وَأَوَّلُهُمَا فَيْئًا فَسَبْقُهُ بِالْفَيْءِ كَفَّارَتُهُ فَإِنْ سَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ سَلَامَهُ رَدَّتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ وَرَدَّ عَلَى الْآخَرِ الشَّيْطَانُ فَإِنْ مَاتَا عَلَى صُرَامِهِمَا لَمْ يَجْتَمِعَا فِي الْجَنَّةِ أَبَدًا

Daripada Hisyam bin 'Amir berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudara Muslim lebih dari tiga malam, jika mereka berdua saling mendiamkan lebih dari tiga malam tersebut, keduanya jauh dari kebenaran selama mereka berdua masih memutuskan hubungan. Jika salah seorang di antaranya kembali sedar dari rasa marah (menyambung kembali hubungan ukhuwah), maka ia menjadi penebus dosanya. Jika (si 'A') memberi salam terhadap temannya (si 'B') namun tidak diterima, padahal (si 'A') masih mahu menjawab salamnya, maka (si 'A') akan dijawab oleh Malaikat, dan (si 'B') yang mendiamkan akan dijawab oleh syaitan. Jika mereka berdua meninggal dalam keadaan saling mendiamkan, maka mereka berdua tidak akan berkumpul di syurga selama-lamanya."

(HR Ahmad No: 15668)
Status: Hadis Sahih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

🔰RAHASIA MENDAPATKAN MANISNYA IBADAH🔰

Seorang sholeh yang rajin ibadah pernah ditanya, bagaimana anda bisa giat beramal dan istiqomah dalam ibadah, sedangkan kami sering lalai dan naik turun dalam ibadah.

Beliau berkata dalam nasehatnya :

عبدت الله خمسين سنة، فما وجدت حلاوة العبادة حتى تركت ثلاثة اشياء:

- تركت رضى الناس حتى قدرت ان اتكلم بالحق،

- وتركت صحبة الفاسقين حتى وجدت صحبة الصالحين،

- وتركت حلاوة الدنيا حتى وجدت حلاوة الاخرة.

Aku telah beribadah kepada Allah selama 50 tahun. Aku tidak dapat merasakan manisnya ibadah sampai aku meninggalkan tiga perkara:

- Aku meninggalkan ridha manusia, sehingga aku mampu mengatakan kebenaran.

- Aku meninggalkan persahabatan dengan orang fasik, sehingga aku dapat bersahabat dengan orang shaleh.

- Aku meninggalkan kelezatan dunia, sehingga aku mendapatkan kelezatan akhirat.

Semoga kita semua bisa istiqomah dalam ibadah dan beramal kebaikan..,

Aamiin ya rabbal alamin 🤲🤲
Setiap kali selepas solat fardhu bacalah 2 ayat terakhir Surah At-Taubah (9:128-129) sebanyak 7 kali inshaAllah :

1] Yang lemah menjadi kuat
2] Yang hina menjadi mulia
3] Yang berhutang dapat diselesaikan
4] Menghindar dari berdukacita
5] Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

[ Bacalah dengan yakin kerana Allah swt ].
#kenapa..#Bang..??

Kita ada mata..mata kita boleh tahan tgk drama berjam-jam sampai menangis..tapi mata kita tak boleh menangis ketika mohon Taubat..Kenapa Bang??kerana Iman..

Kita ada telinga..Telinga kita boleh dengar lagu berjam-jam tapi telinga kita tak boleh tahan dgr perkataan Dakwah dan majlis ilmu walaupun beberapa minit..Kenapa Bang??Kerana Iman..

Kita ada Mulut..Mulut kita boleh bercakap berjam-jam tntg dunia tp mulut kita tak mampu untuk bicara kebesaran ALLAH..kenapa Bang?Kerana Iman..

Ada orang sanggup berdiri berjam-jam untuk shopping..sampai berpeluh-peluh pun sanggup...Tapi tak mampu berdiri untuk Bangun Solat walhal cuma beberapa minit..

Ada org sanggup berjaga sepanjang malam untuk tgk bola tp tak mampu nk bangun tahajud.. Kenapa Bang??kerana Iman..

Ada org sanggup jumpa dato ni dato tu cari cable minta projek atau tender atau minta simpati tp malas nk berdoa merayu pd Allah yg Maha Kaya dan Maha Memberi.. Kenapa Bang??kerana Iman..

Ada orang mampu baca surat khabar satu muka ke satu muka..satu article ke satu article...sampai habes dia baca..tapi tak mampu nak baca Quran walaupun satu muka..kenapa Bang??kerana Iman...

Ada orang rasa Rm50 tu besar bila dia berdiri depan Tabung Masjid...tapi hakikatnya Rm50 terlalu kecil bila dia berada di Pasar...ada orang sedekah rm1 dgn merasa dah banyak sangat dah ni..tp hakikatnya rm1 nak tuang minyak kereta pun tak lepas...Kenapa Bang??Kerana Iman...

Tepuk Dada...Tanya Iman...Pentingnya Usaha Atas iman...Bila Iman meningkat semua amal terasa mudah..Bila iman Lemah semua amal terasa susah...orang sakit kalau di hidangkan Lauk yg sedap pun dia rasa tawar dan pahit begitulah kita..Bila Iman sakit maka semua amal Ibadat yg hakikatnya Manis jadi tawar dan Pahit..rasa Berat nak beramal....Jom usaha atas iman dgn Buat Kerja Dakwah...semoga Allah terima kita semua insyAllah untuk menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin..

Us khann Daie
Muhajir Madani

#Gambar Bayan di Masjid Markaz Dakwah Ipoh
28 Zulkaedah 1443H
28 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Nikmat yang kita dapat terlalu banyak, sehingga tidak terhitung. Persoalannya, berbaloikah dengan ibadah yang telah kita tunaikan kepada Allah SWT.

Dua nikmat yang sering dilupakan...

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Kebanyakan manusia lupa menggunakan sebaiknya dua nikmat ini. Penyesalan tidak berguna bila telah sakit dan usia semakin pendek.

Ibnu Baththaal rahimahullah berkata: “Makna hadis ini, bahwa seseorang tidaklah menjadi orang yang longgar (banyak waktu luang) sehingga dia cukup (keperluannya) dan sihat badannya. Barangsiapa dua perkara itu ada padanya, maka hendaklah dia berusaha agar tidak tertipu, iaitu meninggalkan syukur kepada Allah terhadap nikmat yang telah Dia berikan kepadanya. Dan termasuk syukur kepada Allah adalah melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya. Barangsiapa melalaikan hal itu, maka dia adalah orang yang tertipu”.
(Fathul Bari)

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُسْأَلُ عَنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِى الْعَبْدَ مِنَ النَّعِيمِ أَنْ يُقَالَ لَهُ أَلَمْ نُصِحَّ لَكَ جِسْمَكَ وَنُرْوِيكَ مِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

“Sungguh nikmat yang akan ditanyakan pada hamba pertama kali pada hari kiamat kelak adalah dengan pertanyaan: “Bukankah Kami telah memberikan kesihatan pada badanmu dan telah memberikan padamu air yang menyegarkan?”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Manusia sering lalai dan tidak banyak berzikir mengingati Allah ketika ia sihat dan banyak masa lapang. Ruang dan masa dalam kehidupannya lebih banyak digunakan untuk melayan keinginan nafsu dan keseronokan dunia. Sehingga ketika solat sekali pun, keinginan nafsu dan keseronokan dunia masih dibawa.

Sedangkan para ahli syurga pun masih terkenangkan waktu alpa mereka sewaktu di dunia...

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم ولم يذكروا الله
(حديث رواه البيهقي والطبراني)

Tidak ada sesuatu yang lebih dirasai rugi oleh para penghuni syurga selain atas satu saat yang pernah mereka lalui di dunia, yang tidak mereka gunakan untuk mengingat Allah.”
(Hadith Riwayat Ath-Thabrani & Al-Baihaqi)

Ibnul Jauzi:
Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjaja barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di akhirat nanti. Barangsiapa yang memanfaatkan waktu lapang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barangsiapa memanfaatkan keduanya dalam maksiat, dialah yang tertipu.

Ibnu Mas’ud:
Aku sangat benci orang yang menganggur, iaitu tidak beramal untuk penghidupan dunianya dan akhiratnya.

Nikmat kemanisan iman...

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya nescaya ia akan mendapat kemanisan iman: Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yang lain dari selain keduanya, orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah melepaskannya daripada belenggu kekufuran sama dengan bencinya jika dilempar ke neraka".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Umar bin Khottob mengatakan,