MEKANIK IMAN.
329 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.16K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Bermula pada malam ini, kita akan memasuki fasa terakhir 10 Ramadan.

Setiap kita sudah pasti berazam untuk memperbanyakkan amal ibadah bagi mencari kelebihan lailatul Qadr. Sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadr yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.

ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู„ู’ูู ุดูŽู‡ู’ุฑู ุชูŽู†ูŽุฒู‘ู„ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุฑูู‘ูˆุญู ูููŠู’ู‡ูŽุง ุจูุฅูุฐู’ู†ู ุฑูŽุจูู‘ู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุฃูŽู…ู’ู€ุฑู๏ดฟูค๏ดพ ุณูŽู„ุงูŽู…ูŒ ู‡ููŠูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู…ูŽุทู’ู„ูŽุนู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู

Maksud: โ€œMalam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.โ€ (Surah al-Qadr: 3-5)

Antara kelebihan malam al-Qadr ialah:

โ€ข Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: โ€œMalam al-Qadr mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadr. Hal ini, disokong oleh Abu al-โ€˜Aliyah.

โ€ข Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: โ€œMereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

โ€ข Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

โ€ข Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: โ€œAllah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: โ€œIa merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.โ€ Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Daripada โ€˜Aisyah R.Anha, katanya:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ โ€ ูŠูŽุฌู’ุชูŽู‡ูุฏู ูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ู…ูŽุง ู„ูŽุง ูŠูŽุฌู’ุชูŽู‡ูุฏู ูููŠ ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู

Maksudnya: โ€œAdalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lainโ€ Riwayat Ahmad

Antara perkara yang boleh dibuat pada 10 malam terakhir ini;

1. Solat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh sebaiknya di Masjid.

2. Menghidupkan malam dengan Solat Tarawih, Solat Tahajud dan solat Witir. Jika dapat, solat sunat tasbih juga.

3. Sedekah pada setiap malam.

4. Banyakkan membaca al-Quran.

5. Memperbanyakkan doa, antaranya:

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุนููˆ ูƒุฑูŠู… ุชุญุจ ุงู„ุนููˆ ูุงุนู ุนู†ุง

(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).

6. Memperbanyakkan istighfar, tasbih dan selawat.

7. Menjauhkan diri daripada perkara tidak bermanfaat seperti melihat filem, drama, atau bermain games.

8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.

9. Beriktikaf.

JOM merebut peluang Ramadan kali ini. Mungkinkah ia Ramadan terakhir buat kita!

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah