MEKANIK IMAN.
330 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.16K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Muhasabah malam ini

Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk kita.

Maka kuatkanlah kebergantungan hati kita pada Allah kerana kita milik mutlak Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Berbahagialah kerana kita masih dipilih untuk diuji,

Dan bergembiralah kerana kita masih dipilih untuk merasa kasih sayang Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Hidup kita akan menjadi lebih senang dan tenang,

Sekiranya dendam dan seumpamanya bertukar menjadi kemaafan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Membuang masa lebih dahsyat daripada kematian kerana kematian menjauhkan manusia dari dunia.

Tetapi membuang masa menjauhkan manusia dari Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Keseronokan dunia ini sedikit dan singkat tapi ramai orang tergoda untuk mengejarnya kerana ia nampak di depan mata.

Sedangkan kelazatan akhirat sangat besar dan abadi tapi banyak orang melupakannya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Untuk kita mendapat kesempurnaan iman,

Hendaklah kita perelok dan perbaiki akhlak kita kerana sesungguhnya akhlak dan iman tidak dapat dipisahkan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Sesungguhnya Allah kadang mengampuni hambaNya yang berbuat dosa besar, maka janganlah kita putus asa dengan rahmatNya.

Dan kadang mengazab hambaNya yang berbuat dosa kecil, maka janganlah kita terlena dengan ibadah kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Dua jenis kejayaan di dunia dan akhirat adalah, kita bersabar melakukan sesuatu yang dicintai Allah sekalipun kita tidak menyukainya.

Dan membenci sesuatu yang dibenci oleh Allah sekalipun kita menyukainya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Bilamana Allah menghendaki kita menjadi hambanya yang baik, Allah kurniakan kepada kita agar dapat melihat aib dan kesilapan diri agar kita dapat perbetulkan diri.

Kerana kita tidak sibuk mencari aib orang lain kerana kita terlalu sibuk dengan aib kita sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Bilamana Allah menghendaki kita menjadi hambanya yang baik.

Allah pelihara kita dari keduniaan yang membawa diri kita ke arah kelalaian sehingga kita jauh dari akhirat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Ketenangan itu akan datang, apabila diri kita dekat dengan Allah,

Dan keresahan itu akan hadir, jika diri kita jauh dengan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Butakanlah diri kita ketika melihat aib dan keburukan orang lain,

Tetapi bukalah diri kita untuk melihat aib dan keburukan diri sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jika kita belum dapat sabar menerima umpatan, hinaan serta celaan dari orang lain,

Maka Allah belum mencatat kita sebagai orang yang tawadhu'.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Selagi betul pegangan hati dengan Allah, selagi itu kita akan dibantu oleh Allah. Punca segala kebaikan itu adalah daripada Allah.

Dan punca berlakunya kerosakan yang berleluasa, kerana putusnya hubungan kita dengan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Manusia itu ibarat daun. Jika tidak gugur ke tanah hari ini, suatu hari nanti pasti akan gugur.

Maka, hargailah masa dan usia kita. Beribadahlah dan jangan tangguh bertaubat kerana kubur tidak tertulis khas untuk orang yang sakit dan orang tua saja.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jangan risau akan hidup kita di dunia kerana segalanya telah ditetapkan Allah untuk kita.

Tetapi risaulah tentang akhirat kita, kerana itu kita sendiri yang menentukannya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Carilah andaian yang baik. Jangan buka pintu hati kita untuk bersangka buruk kepada orang lain.

Kerana ia akan merosakkan dan menyempitkan hati kita. Lihatlah yang baik dan bersangka baik. Pasti yang baik-baik akan datang kepada kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Apabila kita sudah tiada keinginan untuk berbuat kebaikan.

Maka, cukuplah itu sebagai musibah dan bala yang menimpa, kepada diri kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Seburuk-buruk bekalan kita menuju Allah,

Adalah kita bermusuhan dengan hamba-hamba Allah yang lain.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Hancurkanlah dosa kita dengan memperbanyakkan taubat.

Tetapi jangan hancurkan taubat kita dengan memperbanyakkan dosa.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN