MEKANIK IMAN.
328 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.13K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka", iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kem,atian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini.

Apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 52 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

Repost: Fb Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin
Jangan tinggalkan zikir ini setiap hari!
.
Daripada Abu Darda' r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang membaca (ayat di atas) pada setiap hari di waktu pagi dan petang sebanyak tujuh (7) kali, nescaya Allah akan membantu/menjaganya dari perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia & akhirat."
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Sunni & Ibnu Asakir..
Di sini dikongsikan zikir yang dianjurkan oleh Rasulullah saw agar kita membacanya 3 kali setiap pagi dan petang.

Sama-samalah kita perhatikan maksud hadith berikut untuk amalan kita bersama, in syaa Allah.

Daripada Uthman bin `Affan ra, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

Sesiapa yang mengucapkan,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

tiga kali, dia tidak akan ditimpa mudarat mengejut sehingga waktu pagi.
Dan sesiapa yang mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa mudarat mengejut sehingga waktu petang.
- Hadith sahih riwayat Abu Dawud no. 5088. Kitab 43 (Adab), Bab 110.

Berikut dikongsikan transliterasi dan makna doa tersebut.
(Mohon dibaca sambil merujuk doa di atas agar sebutan bacaan tepat. Jazakumullahu khairan)

bi = Dengan
ismi = nama
Allahi = Allah,
allazi = yang
la = tiada
yadhurru = memudaratkan
ma’a = dengan
ismi = nama
hi = Nya,
syai-un = sesuatu
fi = di
al- ardhi = bumi
wa = dan
la = tiada (pula sesuatu)
fi = di
as-sama- i = langit
wa = dan
huwa = Dia
as-sami’u = yang Maha Mendengar,
al- ‘alimu = yang Maha Mengetahui.
KEUTAMAAN ZIKIR KEPADA ALLAH

Allah jalla wa a’la berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا . وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang

Diantara keutamaan dzikir secara umum adalah sebagaimana dalam nash-nash berikut ini:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk (dalam solat), lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar“ (QS. al-Ahzab: 35)

Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:

“Maukah kamu aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Raja-mu (Allah), dan paling mengangkat derajatmu; lebih baik bagimu dari infak emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuh­mu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para Sahabat yang hadir berkata: “Mau (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Dzikir kepada Allah Yang Mahatinggi.” (HR. At-Tirmidzi no. 3377, Ibnu Majah no. 3790. Lihat pula Shahiih at-Tirmidzi III/139 dan Shahiih Ibni Majah 11/316)

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لَا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang ingat akan Rabb-nya dengan orang yang tidak ingat Rabb-nya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR. Al-Bukhari dalam Fat-bul Baari XI/208 no. 6407)

Orang yang banyak berdzikir kepada Allah hatinya akan menjadi tenang.

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” (QS. Ar-Ra’d: 28).
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah). Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

2.Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)

3.Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4.Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat paling tidak Isnin atau Khamis di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir

5.Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir, tilawah, doa, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb Jun 2022
30hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
BELAIAN AGUNG BUAT SANG HAWA MILLENNIAL

BELAIAN 40: TABARRUJ; LARANG SEBAB SAYANG

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ، يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَـاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَـاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا.
"Dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: (1) Golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. (2) Wanita yang berpakaian tapi telanjang. Melenggok-lenggok penuh menggoda. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga hatta baunya sekalipun walaupun wangi syurga itu boleh dicium dari jarak sekian dan sekian.’”
[HR Muslim]

✳️AURAT

Hadis ini memperkatakan penampilan wanita di akhir zaman. Diringkaskan kepada tiga perkara:
❤️Pakaian
❤️Kegedikan
❤️Dandanan

Mengenai pakaian, ia lebih kepada aurat. Nabi menggambarkan mereka berpakaian tapi ibarat telanjang. Boleh jadi pakaian yang tidak cukup inci, mendedahkan tubuh mereka di bahagian tertentu, ataupun terlalu ketat sehingga berbekas bahagian yang tidak sepatutnya.

Konsep pemakaian yang baik telah dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Janganlah mendedahkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
[An-Nûr: 31]

💚Perkara yang boleh didedahkan adalah benda yang bukan aurat seperti muka dan tapak tangan, serta yang sukar ditutup daripadanya seperti bawah dagu, belakang tangan. Juga bentuk badan yang sukar ditutup seperti bentuk kepala dan bahu.

💚Tudung kepala secara sempurna sehingga menutup telinga, leher dan dada serta bentuknya. Ianya termasuklah berpakaian longgar yang boleh menutup bentuk badan.

Ayat ini tidaklah melarang untuk wanita berfesyen, asalkan ia tidak melanggar garis panduan di atas.

Antara fesyen yang tidak patuh syariah hari ini adalah

💛 Skaf yang hanya menutup kepala hingga ke cuping telinga. Ianya mendedahkan leher. Juga yang jenis menyelak sedikit telinga bagi menampakkan anting-anting. Walaupun memakai baju menutup leher, tapi bentuk leher masih jelas.

💛Tudung sekerat leher atau singkat yang tidak sampai menutup dada. Ia menyamai pakaian wanita jahiliyyah sebelum turun ayat ini.

💛Lengan baju yang singkat dan tidak berkancing menyebabkan mudah terselak. Sebaiknya dilapik dengan sarung lengan.

💛Baju yang tidak labuh dan longgar sehingga menampak bentuk punggung. Tidak semestinya pakai jubah, tapi sekurang menutup ke paras punggung.

💛Seluar dan kain yang ketat menampakkan bentuk kaki dan segala otot dan selulit. Juga yang terlalu singkat.

💛Alas kaki yang mendedahkan kaki. Tak salah nak pakai sandal birkenstock atau kasut converse sekalipun, tapi pakailah pakai stokin.

Bahagian yang disebutkan ini adalah tahap minimum yang perlu ditutup. Adapun selebihnya adalah khilaf. Menutup lebih adalah lebih baik kerana keluar dari khilaf.

Ia juga berbeza mengikut individu. Ada individu cantik sangat sampai tahap wajah pun perlu dilindungi, bimbang menaikkan ghairah lelaki dan membahayakan keselamatan mereka sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
إن المرأة عورة فإذا خرجت إستشرفها الشيطان
“Wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar rumah, syaitan akan memainkan peranan terhadapnya”
[HR Tirmizi]

✳️PERHIASAN

Disebut di dalam al-Quran sebagai tabarruj. Sekiranya kita memahami nas, berdandan itu tidak salah asalkan selari dengan syarak. Firman Allah SWT:
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
Janganlah bertabarruj dengan cara tabarruj jahiliah pertama.
[Al-Ahzab:31]
Terdapat banyak pandangan mengenai tabarruj ini. Jika kita khususkan mengenai dandanan, Nabi fokuskan sanggul rambut yang tinggi. Ia merupakan bentuk dandanan yang dilarang kerana keterlaluan. Menampakkan bentuk rambut yang sepatutnya aurat dan boleh disembunyikan.

Namun kita boleh memahami dengan lebih luas dengan sokongan nas lain, bahawa dandanan itu termasuklah:

❤️Persolekan: jika perlu bersolek, biarlah ia sekadar menaikkan seri wajah sahaja. Jangan melampau. Gunakan warna yang paling hampir dengan warna asal wajah. Jangan mengubah ciptaan Allah dengan membuang atau menambah bahagian semulajadi, kecuali jika terdapat kecacatan atau menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّ
"Allah melaknat orang yang terlibat mengubahsuai kulit, bulu dan gigi pada tahap yang mengubah ciptaan Allah."
[HR Bukhari & Muslim]

❤️Barang kemas: Tidak salah memakai barang kemas, tetapi janganlah sampai nak menunjuk hingga menyelak aurat seperti anting-anting, rantai leher dan seumpamanya. Cincin dan gelang sudah memadai.

❤️Wangian: Boleh pakai perfume, deodorant dan bedak terutama bagi menutup bau badan. Tapi janganlah terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling. Sabda Rasulullah SAW:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kelompok supaya dicium bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.
[HR Abu Daud]

Pokok pangkalnya, dandanan tidak boleh keterlaluan sehingga menjadi perhatian ramai. Tidak bertujuan menarik perhatian lelaki ajnabi. Juga bukan untuk menunjuk-nunjuk.

✳️PERWATAKAN

Selain pakaian dan dandanan, wanita juga memiliki perwatakan yang memaku pandangan. Lenggok berjalan, gemalai tangan, reaksi wajah, lirik mata, alun rambut, kocak badan semuanya adalah aset bagi wanita.

Kerana itulah Nabi SAW turut menyebutkan tentang lenggok (مائلات) dan godaan (مميلات). Pergerakan mereka sudah cukup untuk menimbulkan fitnah. Kerana itu mereka disarankan untuk tidak keluar rumah melainkan sebab tertentu.

Sebaiknya, minimumkan pergerakan di khalayak. Bukanlah langsung tidak boleh beraktiviti luar, tetapi semuanya perlu dijaga rapi.

Paling dibimbangi adalah media sosial. Walaupun di luar sopan, tapi dalam tiktok, reels dan seumpamanya terkinja-kinja tidak ketahuan.

Ruang fitnah di media sosial lebih bahaya. Orang boleh download, edit dan berbagai cara untuk buat jahat. Berwaspadalah.

✳️LARANG SEBAB SAYANG

Mungkin garis panduan di atas dirasakan berat bagi sesetengah wanita. Tetapi sebenarnya, ia demi kebaikan wanita juga. Hikmah segala pantang larang ini bagi menjaga aspek:

❤️KESIHATAN: Pakaian yang ketat dan mendedahkan aurat boleh mendedahkan diri kepada kuman, bakteria, sinar UV, angin jahat dan sebagainya. Bersolek keterlaluan dan mengubah ciptaan tuhan boleh boleh rosakkan kulit dan mengundang kanser. Pakaian seperti heels dan sanggul tinggi boleh memberi kesan kepada tulang, sendi dan postur tubuh.

❤️KESELAMATAN: Penampilan yang keterlaluan bakal mengundang nafsu penjahat. Juga membataskan pergerakan wanita untuk menyelamatkan diri jika ditimpa bencana dan kemalangan.

❤️JIWA: Memelihara hati dari sifat sum'ah, ujub dan takabbur. Mengawal gelora nafsu dengan tidak memancing lelaki untuk dikacau.

✳️DOSA TERBUKA

"Biarlah kami nak pakai macam mana pun. Ini antara kami dengan tuhan. Tak suka, jangan tengok."

Inilah antara jawapan cliche bila ditegur. Hakikatnya di dalam Islam, dosa di khalayak adalah lebih besar dari dosa di tempat tertutup. Bila kemungkaran berlaku di tempat awam, ia bukan lagi dosa peribadi.

Sabda Rasulullah SAW:
كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ
Semua umatku boleh diampukan kecuali mereka yang sengaja mendedahkannya.
[HR Bukhari & Muslim]
Liberalis cuba melanggar sabdaan ini dengan menanam pemikiran dengan terma dosa peribadi, hak privasi dan urusan hamba dan tuhan. Mereka cuba normalisasi perbuatan dosa di khalayak.

Dosa adalah aib. Aib perlu ditutup. Perbuatan membuka aib sendiri juga dilarang sama seperti membuka aib orang lain. Namun liberalis cuba melakukan korupsi makna aib. Perkara yang sepatutnya jadi aib, tidak lagi dianggap aib oleh ramai wanita moden.

Sambung Rasulullah SAW:
وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول: يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه
"Mendedahkan dosa itu termasuklah seseorang yang melakukan dosa tertutup di waktu malam, tetapi esoknya dia beritahu pada orang apa dilakukannya semalam. Dia tidur dalam keadaan tuhan tutup aibnya, tapi dia bangun mendedahkan apa yang Allah tutup itu"
[HR Bukhari & Muslim]

Sebenarnya, matlamat akhir gerakan kebebasan wanita ini adalah untuk mempergunakan wanita sahaja. Feminisme ini adalah cabang liberalisme. Liberalisme adalah lanjutan dari sekularisme. Sekularisme pula didorong oleh materialisme. Wanita hanya ingin dijadikan alat pelaris bagi menggalakkan ekonomi dan menjayakan agenda politik.

✳️LELAKI PUN SAMA

Diakui, garis panduan penampilan wanita sangat terperinci. Sepanjang mempraktikkannya, pasti ada kelalaian dan keterlanjuran. Di sinilah peranan lelaki sekeliling membantu. Bapa, suami, abang, dan lain-lain perlu ambil berat soal penampilan wanita sekeliling mereka. Sudah tentu mereka juga perlu belajar Fiqh Penampilan ini.

Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah Al-Ahzâb: 59]

Lelaki perlu tunjuk sikap tidak suka dengan penampilan tidak patuh syariah. Tundukkan pandangan, tunjuk rasa tak selesa, jauhkan diri. Jangan nampak sangat meleleh air liur, berdarah hidung dan mata keranjang itu. Kalau mampu tegur, itu lebih baik. Supaya wanita rasa bersalah dan tidak selesa.

Apa yang pelik, ada juga lelaki yang sangat cemburu kalau isteri dan anak mereka berhias di luar, tetapi suka kalau perempuan lain berhias. Sikap inilah yang menggagalkan anak isteri dari menjaga penampilan. Berapa ramai yang berpenampilan mengghairahkan di belakang suami dan ayah.

Tambah pelik, lelaki pun tak ambil kisah tentang aurat sendiri. Lelaki pun bertabarruj mengalahkan wanita. Lelaki pun sengaja berperwatakan menggoda dan seksi di mata wanita!

✳️KERAJAAN PUN SAMA

Kerajaan juga perlu memperkenalkan peraturan yang boleh mengelakkan ikhtilat. Wujudkan ruang khas untuk wanita di tempat awam seperti parkir, koc, tempat duduk serta laluan.

Wujudkan fasiliti khusus bagi wanita beraktiviti seperti kompleks sukan wanita, kelab sosial wanita dan sudut wanita. Peruntukkan hari atau masa khusus bagi wanita di kolam renang, balapan, gym dan seumpamanya.

Ironinya, banyak perkara ini telah diperkenalkan di negara bukan Islam seperti Jepun dan Eropah. Kerana mereka nampak hikmah dari sudut kesihatan dan keselamatan bagi wanita. Juga pembudayaan persekitaran yang lebih harmoni dan produktif.

Ada syarikat di barat yang asingkan pejabat lelaki dan wanita. Ada sekolah di jepun yang pisahkan pelajar lelaki dan wanita. Ada pasaraya yang khususkan produk wanita di sudut tertentu.

Orang awam mereka boleh terima dengan baik. Tapi orang Islam pula yang lebih-lebih menganggap benda ini kolot, kejam dan taliban. Dah kenapa?

(Alang Ibn Shukrimun)
27 Zulqaedah 1443
27 Jun 2022
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Tetap Yakin dan Tidak Berputus Asa

Dari Abu Hurairah RA dia berkata, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً (رواه البخاري، رقم 7405 ومسلم ، رقم 2675 )

“Allah Ta’ala berfirman, 'Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari." (HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)

Jangka hayat kita berbeza, garis hidup kita juga berbeza. Jangan mudah lemah dan merasakan kehidupan orang lain lebih indah dan beruntung berbanding kita. Tetap yakin dan percaya, Tuhan sedang menyusun yang terbaik buat kita. Usaha, doa, dan serahkan segalanya padaNya.

https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Zulhijjah dan Keutamaan

Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.

Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja. Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1. Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.

2. Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih

3. Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4. Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
30 Zulkaedah 1443H
30 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Belajarlah bahasa arab, bahasa Al Quran ....

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٩٢﴾ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ ﴿١٩٣﴾ عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ ﴿١٩٤﴾ بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ ﴿١٩٥﴾

Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,(192) dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril),(193) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan,(194) dengan bahasa Arab yang jelas (195)
(As Syu’ara: 192-195)

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا ﴿طه: ١١٣﴾

Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.
(Thaha: 113)

إِنَّا أَنزلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami
menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”
(Yusuf: 2)

Ibnu Katsir dalam menjelaskan Surah Yusuf ayat kedua menyatakan,

لأن لغة العرب أفصح اللغات وأبينها وأوسعها، وأكثرها تأدية للمعاني التي تقوم بالنفوس

“Kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling luas (kosa katanya), dan paling banyak mengandung makna yang mententramkan jiwa.”

Ibnu Katsir rahimahullah juga menyatakan,

فلهذا أنزلَ أشرف الكتب بأشرف اللغات، على أشرف الرسل، بسفارة أشرف الملائكة، وكان ذلك في أشرف بقاع الأرض، وابتدئ إنزاله في أشرف شهور السنة وهو رمضان، فكمل من كل الوجوه

“Kerana Al-Quran adalah kitab yang paling mulia, diturunkan dengan bahasa yang paling mulia, diajarkan pada Rasul yang paling mulia, disampaikan oleh malaikat yang paling mulia, diturunkan di tempat yang paling mulia di muka bumi, diturunkan pula di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Dari berbagai sisi itu, kita boleh menilai bagaimanakah mulianya kitab suci Al-Quran.”

Para ulamak Salafush Saleh rahimahumullah memandang pentingnya bahasa Arab sebagai alat untuk memahami apa yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sabda Rasulullah SAW.

‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah mengatakan,

‎تعلَّموا العربيةَ؛ فإنَّها من دينِكم

“Pelajarilah bahasa Arab, kerana sesungguhnya bahasa Arab itu termasuk bagian dari agama kamu”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan,

فإنَّ نفسَ اللغة العربية من الدِّين، ومعرفتها فرضٌ واجب؛ فإن فهم الكتاب والسنة فرض، ولا يفهم إلا بفهمِ اللغة العربية، وما لا يتمُّ الواجب إلا به فهو واجب، ثم منها ما هو واجبٌ على الأعيان، ومنها ما هو واجبٌ على الكفاية

“Bahasa Arab itu termasuk bahagian agama (Islam), dan mengetahuinya hukumnya wajib, kerana sesungguhnya memahami Al-Kitab dan As-Sunnah itu adalah perkara yang wajib, dan tidaklah dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab, dan suatu kewajiban tidak boleh terlaksana kecuali dengan sesuatu, maka hukumnya juga jadi wajib.”

Di antara (hukum mempelajari) bahasa Arab itu ada yang fardhu ain, dan ada pula yang fardhu kifayah”.
(Iqtidha` Ash-Shirath Al-Mustaqim)

As-Suyuthi rahimahullah menegaskan,

ولا شكَّ أنَّ علم اللغة من الدين؛ لأنه من الفروضِ الكفايات، وبه تُعرفُ معاني ألفاظ القرآن والسنة

“Tiada keraguan sedikit pun bahwa ilmu bahasa Arab termasuk bagian dari agama Islam, kerana mempelajarinya termasuk fardhu kifayah, dan dengannya dapat diketahui makna lafaz-lafaz Al-Quran dan As-Sunnah”.
(Al-Muzhir)

Justeru, jom belajar bahasa arab...

~ Abu Imtiyaz ~
Ramai yang bersemangat menjadi kepahlawanan Melayu selepas melihat cerita Mat Kilau… itu dah bagus.. sangat bagus..

Tapi berapa ramai yang ambil pengajaran dari cerita tersebut? Berapa ramai yang dah pergi tengok cerita Mat Kilau yang dapat datang solat berjemaah di masjid 5 waktu terutamanya solat subuh? Berapa ramai yang gentar apabila kalimah Allahukabar di saat 5 waktu dan terus menghadap kepadaNya? Berapa ramai yang dapat jaga mulutnya dengan perkataan memuji pada Allah setiap kali ia berkata2? Berapa ramai yang tidak terkesan dengan pigsyin kalau tahu ini agenda mason? Berapa ramai orang Melayu yang rela masih terikat dengan sistem British di tanah Melayu ini? Sesungguhnya jangan ditakuti dengan musuh, tapi yang perlu kita berjaga2 adalah munafik dikalangan kita.. inilah yang paling bahaya kerana munafik ini umpama gunting dalam lipatan..

Orang Melayu mulia bukan sebab adat, orang Melayu mulia bukan sebab ada jiwa kepahlawanan, orang Melayu mulia bukan sebab silat, orang Melayu mulia bukan sebab keturunan… Tapi orang Melayu mulia sebab taat pada perintah Allah swt dan menghidupkan sunnah Nabi SAW..

Kredit:- FB Azuan Mazlan