MEKANIK IMAN.
328 subscribers
1.83K photos
526 videos
98 files
4.14K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Menjemput Rezeki dan Kebaikan

Kalau nak tangkap ayam, jangan dikejar nanti kita penat dan ayam pun lari. Caranya, taburlah beras atau makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang.

Begitulah rezeki, jika nak rezeki datang, bersedekahlah! Nanti rezeki akan datang menghampiri.

Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya kerana kupu-kupu pasti akan terbang.

Tetapi, tanamlah bunga. Nescaya kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.

Bahkan bukan hanya kupu-kupu sahaja yang datang, tetapi kawanan yang lain juga akan datang seperti lebah, pepatung, dan lainnya menambah warna warni keindahan.

Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. Ketika kita menginginkan kebahagiaan dan keuntungan, maka tanamlah kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran.

Maka kebahagiaan dan keuntungan akan datang sebagai anugerah langsung dari Allah. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56:

إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

“Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

Allah SWT juga mengingatkan kita dalam Surah al-Isra ayat 7:

اِنْ اَحْسَنْتُمْ اَحْسَنْتُمْ لِاَنْفُسِكُمْ ۗوَاِنْ اَسَأْتُمْ فَلَهَاۗ

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri”.

Marilah kita menyemai kebaikan dan amal soleh sepanjang kehidupan ini. Jangan sekali-kali kita menyemai amal buruk serta dimurkai Allah.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Musibah Sebenar

Kata Ibn ‘Athoillah: Musibah yang sebenar bukanlah orang yang kematian ahli keluarga, atau kehilangan harta, mahupun pangkat dan jawatan. Tetapi, musibah yang sebenar adalah orang yang bergelumang dengan dosa, dikuasai oleh syahwat, dan diuliti dengan pelbagai kesalahan.

Musibah yang sebenar adalah mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala kenikmatan, mereka yang menghabiskan umur untuk melakukan segala maksiat dan alpa dengan ibadat.

Orang yang benar-benar ditimpa musibah adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa. Mereka memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih! Mereka penuhkan noda dan dosa dalam kalbu mereka sehingga kematian mereka.

Seorang soleh berkata: Apabila engkau di tanya tentang ‘Apakah yang patut diratapi?’, maka, engkau jawablah: "Yang sepatutnya diratapi adalah seorang hamba yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah….”

Perlu diingat! Jangan engkau menganggap orang yang berduka dan mendapat musibah adalah mereka yang terkena penyakit, dilanda kemiskinan, atau sedang dipenjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat yang pahit.

Tahukah kita bahawa, musibah dalam bentuk penyakit, kesusahan, keperitan adalah kerana Allah ingin memberikan kebaikan kepada hambaNya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya (memberi musibah)." (HR Bukhari No: 5213)

Orang yang diuji dengan suatu musibah berbentuk penyakit atau kesusahan adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya. Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

Moga kita dipelihara oleh Allah Azza wa Jalla daripada bergelumang dengan maksiat hingga menjadikan ia sebagai musibah sebenar buat kita.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Ibarat Berpuasa Sepanjang Tahun

Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”.

Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979)

Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan.

Dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan.

Puasa juga menjadi penghapus dosa. Puasa Sunat Arafah boleh menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepas (dosa kecil).

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Selain itu, Puasa Asyura pula ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu ((Imam Nawawi kata segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, rebutlah peluang yang ada, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Amal Islam Dengan Permulaan Yang Selamat

Dalam melaksanakan amal di dalam Islam, Al-Banna memulakannya dengan pembinaan individu, keluarga dan masyarakat ke arah daulah Islamiyah.

Membina sesuatu yang agung bermula dengan asas yang ampuh. Allah SWT berfirman;

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam. (At-Taubah 109).

Permulaan yang baik dan selamat bermula dengan:

1. Kefahaman yang sahih, sempurna dan sejahtera.

Sesuai dengan matlamat menegakkan daulah dan khilafah Islamiyah di muka bumi, ia memerlukan kefahaman yang sempurna agar Islam yang tertegak adalah yang benar. Apatah lagi setiap kita adalah anasir yang terlibat secara langsung dalam proses ke arah amal Islam yang lebih besar bermula dengan membina individu yang soleh sehinggalah penegakan daulah Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berilmu dan faham itu lebih menyukarkan syaitan berbanding seribu ahli ibadat.” (at Tarmizi 5/46, No 2681)

Kelebihan bukan hanya diukur dengan banyaknya pengetahuan dan amalan, akan tetapi ia diukur dengan kefahaman yang sahih lagi sejahtera.

Kita lihat apa kata seorang ulama ketika memberi komentar terhadap golongan Khawarij: “Meskipun mereka terkenal dengan wara`, zuhud serta kuat beribadat, namun kefahaman yang menyeleweng dari apa yang sepatutnya membuatkan mereka terseleweng jauh dari kebenaran.” [Majmuk al Fatawa, juzuk 28].

2. Keperluan amal

Orang beriman yang faham, dituntut untuk beramal. Namun untuk beramal, perlu kefahaman yang jelas.

Kaedah Syariah menyebutkan:

مَا لا يَتِمُ الوَاجب إلا به فهو واجب

Tidak sempurna sesuatu yang wajib kecuali dengannya, maka ia adalah wajib.

Perbandingan kefahaman jika tidak sempurna, umpama si buta bercerita tentang gajah. Sudah pasti amal bercanggah dan tidak tepat.

Justeru dalam melaksanakan amal memerlukan kefahaman yang benar dan betul.

3. Memelihara garisan penyelewengan.

Dalam melaksanakan amal pastikan bertepatan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis bagi mengelakkan penyelewengan atau ikut nafsu.

Saidina Umar RA berpesan kepada utusan atau wakil yang dihantar ke luar dari wilayah;

“Ikutlah al-Quran, bukannya al-Quran yang mengikut kamu. Sesiapa yang al-Quran mengikutnya, al-Quran akan menolak belakangnya hingga jatuh ke dalam neraka. Sesiapa yang ikut al-Quran, al-Quran akan memimpinnya masuk ke dalam Syurga”

Sebagai mereka yang hidup kerana Islam dan untuk Islam, kita akan bekerja juga semata-mata untuk Islam bagi melaksanakan fungsi sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Antara perkara yang menjadi asas keperluan ialah perlu memiliki kefahaman yang betul dan sahih terhadap Islam.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Hutang! Oh Hutang!

Kehidupan di zaman kini agak sukar untuk mengelak dari meminjam atau berhutang, baik untuk tujuan pendidikan, perniagaan mahupun keperluan hidup seperti makan minum, pakaian, membeli rumah dan kenderaan.

Meminjam atau berhutang di atas suatu keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara daruriyyat (tersangan penting) adalah diharuskan demi membawa elemen positif dalam urusan dan kehidupan selagi menepati prinsip Syariah Islam.

Hutang menjadi negatif apabila ia menjadi tabiat dalam melayan kehendak hidup di luar kemampuan. Berhutang bukan sebab keperluan tetapi bermewah atau memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan.

Rasulullah SAW mengajar doa agar dibebaskan daripada hutang. Abu Said Al-Khudhri RA berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah". Baginda bertanya : "Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah Taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: "Sudah tentu Ya Rasulullah".

Baginda SAW bersabda, "Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa ini :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

Maka Abu Umamah RA menceritakan kisah ini, "Aku buat seperti mana Rasulullah SAW menyuruh aku mengucapkan doa ini pada waktu pagi dan petang. Maka Allah SWT telah menghilangkan rasa gundah gulana dan keluh kesah yang menghimpit aku ini dan juga hutang piutang yang telah membebani aku" (HR Abu Daud: 1555).

Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu.

Ali RA berkata; ucapkanlah;

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu”. (HR Tirmizi No: 3563) Status: Hadis Hasan

Berusahalah untuk tidak berhutang melainkan keadaan yang tidak boleh dielakkan. Apatah lagi jika ia melibatkan hutang dengan along atau bank yang tidak patuh syariah. Bahagianya bila kita tidak berhutang!

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Peringatan Kepada Penghutang (1)

Rasulullah SAW ketika berdoa memohon perlindungan dari beban hutang. Baginda menyebut

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ

“... aku berlindung dari cengkaman hutang...”

Kalimah “ghalabah” di situ bermaksud bebanan hutang yang sukar atau tidak mampu dilunaskan. Namun ramai dari kalangan masyarakat kita yang suka berhutang dan mengambil mudah soal melunaskan hutang.

Impak dari mengambil mudah untuk membayar kembali hutang;

A. Memakan harta secara batil

Hutang merupakan hak orang lain yang kita ambil, sekiranya tidak dipulangkan maka kita telah memakan hartanya secara batil sedangkan Allah telah berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian makan harta sesama kalian secara salah!” (al-Nisa: 29).

B. Penghutang mudah berbohong dan mungkir janji

Orang yang terbeban dengan hutang akan mula berbohong dan memungkiri janji demi mendapatkan wang atau mengelakkan diri dari membayar, sebagaimana dalam hadis ‘Aisyah RA.

عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Daripada 'Urwah bahawa 'Aisyah RA mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solat: "Allahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghram" (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: "Mengapa anda banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya".(HR Bukhari No: 2222) Status: Hadis Sahih

Jangan sekali-kali ambil ringan apabila berhutang. Besar ancaman terhadap penghutang yang tidak melunaskan hutangnya. Antara ancamannya:

1. Tidak Diangkat Amalannya

Pesanan Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (HR Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih

2. Dosa Hutang Tidak Diampun Walaupun Mati Syahid

Rasulullah SAW bersabda:

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ

“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang." (HR Muslim No: 1886).

3. Terhalang Dari Memasuki Syurga.

Suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya di masjid, lalu ada jenazah yang dibawa untuk disolatkan.

Tiba-tiba Rasulullah SAW mengangkat pandangannya melihat ke langit seketika, kemudian tunduk dan meletakkan tangannya di dahi seraya mengucapkan: “Subhanallah, subhanallah! Apa urusan berat yang telah menimpa!” sehingga membuat para sahabat terdiam tidak berani bertanya sehari semalam.

Pagi keesokannya, salah seorang sahabat bertanya baginda: “Wahai Rasulullah, apa urusan berat yang telah menimpa (yang kamu sebut-sebut semalam)?”. Jawab baginda: “Tentang hutang”. Lalu baginda menyambung lagi: “Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, seandainya seseorang itu mati (syahid) di jalan Allah, kemudian dihidupkan kembali, kemudian mati (syahid) di jalan Allah lagi, kemudian dihidupkan kembali, sedangkan dia masih dalam keadaan berhutang, dia tidak akan masuk syurga selagi tidak dilunaskan hutangnya. (HR Ahmad).

Bersambung....

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Peringatan Kepada Penghutang (2)

4. Nabi Enggan Solatkan Jenazah Penghutang

Daripada Salamah bin Akwa` RA bahawa dia berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا فَقَالَ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قَالُوا لاَ قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ: هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قِيلَ نَعَمْ، قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ، فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ، قَالَ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟، قَالُوا ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ، قَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ، قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَيَّ دَيْنُهُ، فَصَلَّى عَلَيْهِ

“Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda solatkan jenazah itu. Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon, “Wahai Pesuruh Allah! Solatkan jenazah ini”. Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda solatkan jenazah itu. Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.” Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda solatkan jenazah itu.” (HR Bukhari No: 2286)

5. Hutang Dibayar Dengan Pahala Di akhirat

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

6. Allah Membinasakan Penghutang Sengaja Enggan Membayar

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

“Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.” (HR Bukhari No: 2387)

7. Zalim Menunda Membayar Hutang

Termasuk orang yang zalim mereka yang sengaja menunda pembayaran hutang sedangkan dia berkemampuan.

أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Abu Hurairah RA berkata; Nabi SAW bersabda: "Menunda pembayaran hutang bagi orang kaya adalah kezaliman".(HR Bukhari No: 2225) Status: Hadis Sahih

Jadilah orang yang terbaik dalam berhutang.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَكُمْ أَوْ مِنْ خَيْرِكُمْ أَحَاسِنُكُمْ قَضَاء

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik kalian, atau dari sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang." (HR Ibnu Majah : No 2414) Status: Hadis Sahih

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Erti Hidup Pada Yang Memberi

Satu persoalan yang sewajarnya kita tanyakan pada diri kita, adakah kita bermanfaat kita kepada orang lain di sekeliling kita?

Adakah kewujudan kita sama ada dalam keluarga, organisasi juga masyarakat dirasai dan memberi manfaat kepada mereka atau hanya melukut di tepi gantang, tiada tidak mengurangi, ada tidak menambah?

Saidina Umar RA ketika menjadi khalifah, telah menghantar utusan ke wilayah-wilayah di luar dari Kota Madinah. Antara pesanan beliau:

Jadilah kamu, apabila berada di tempat yang tiada pemimpin, kamu seolah-olah pemimpin mereka. Jika kamu dilantik sebagai pemimpin, kamu adalah sebahagian daripada mereka.

Maksudnya, keberadaan kita di tengah-tengah kelompok masyarakat amat dirasai dan bermanfaat sehingga kita seolah-olah menjadi rujukan atau pemimpin mereka. Keberadaan kita dirasai dan bermanfaat sama ada dalam keluarga, organisasi mahupun masyarakat.

Rasulullah SAW berpesan bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang paling bermanfaat kepada orang lain:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453). Status: hadis hasan.

Erti hidup pada yang memberi bukan hanya pada wang ringgit malah apa sahaja amal kebaikan. Dalam hadis di atas, amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.

Seorang Muslim yang pergi untuk membantu bagi memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi.

Rasulullah SAW juga bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

Menjadi orang yang bermanfaat tidak semestinya memerlukan pengorbanan wang ringgit dan harta. Memberi nasihat, membimbing, mengajar ilmu kepada orang lain, berdakwah mengikut kemampuan kita sudah dikira memberi manfaat kepada orang lain. Termasuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap sesuatu yang dapat memberi kemudahan, kelegaan atau kebaikan kepada orang lain adalah suatu yang dituntut daripada seorang Muslim.

Didiklah diri kita dengan sikap sanggup berkorban, empati, kasih sayang, menanamkan sifat kemanusiaan dalam diri dan kerjasama serta bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika kita ikhlas membantu makhluk lain yang memerlukan bantuan, yakinlah bahawa Allah telah menyediakan ganjaran buat kita dan pada hakikatnya kebaikan kita itu akan kembali kepada kita sebagaimana firman Allah dalam Al Quran:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga”. (Al-Isra: 7)

Jadilah Muslim yang bermanfaat pada orang lain.

Erti Hidup Pada Yang Memberi Manfaat.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Hakikat Kekayaan

Bila kita sebut kaya, lumrahnya membawa maksud kemewahan dalam bentuk pemilikan harta.

Seseorang itu dikira kaya jika dia mempunyai aset fizikal yang boleh dinilai seperti duit, kenderaan, rumah, tanah dan sebagainya. Sekiranya aset yang dimiliki itu melebihi daripada orang lain maka dia dianggap kaya.

Namun adakah itu kekayaan sebenar?

Jika kita tersilap meletakkan garis panduan dan makna sebenarnya kekayaan, kita akan mengejar ‘kekayaan’ yang membawa kita kepada kehancuran. Kadang kala pemilikan harta tersebut tidak mengira soal halal atau haram.
Rasulullah SAW menyebutkan hakikat kekayaan itu dalam sabda baginda;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (HR Bukhari No: 6446) Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis di atas, hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta.
Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan apa yang diberi kepadanya (qona’ah), bersyukur serta redha dan tidak tamak dalam mencari harta.

Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, malah akan sentiasa berusaha untuk menambah hartanya tanpa rasa cukup dan puas. Rasulullah SAW mengingatkan:

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Dari ‘Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat.” (HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih

Berusahalah kita menjadi orang yang kaya hati, sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan setiap rezeki yang dimiliki.
Rasulullah SAW mengajar kepada kita doa:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina” (HR. Muslim no. 2721).

Imam Nawawi Ketika mensyarahkan hadis ini menyebutkan, “Afaf dan ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari hal yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak memerlukan pada apa yang ada di sisi manusia lain.” (Al Minhaj Syarh Shahih Muslim bin Al Hajjaj, 17/41, Dar Ihya’ At Turots Al ‘Arobi).

Dalam doa di atas kita meminta pada Allah empat perkara:

1. Petunjuk (hidayah),

2. Ketakwaan,

3. Sifat menjauhkan diri dari yang haram, dan

4. Kecukupan.

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang kaya hati dengan selalu merasa cukup dengan segala nikmat yang diberi.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Ketawa dan Menangis

Ketawa dan menangis adalah sifat semulajadi yang ada pada seseorang. Kebiasaannya apabila seseorang ketawa itu tandanya dia gembira dan bahagia.

Tangisan pula adalah suatu perbuatan yang dekat dengan manusia. Bayi yang baru lahir dari perut ibunya, jika terdengar suara tangisan itu tanda kegembiraan buat ibu yang melahirkan.

Tangisan boleh menjadi kekuatan dan ia juga boleh menjadi sesuatu yang melemahkan.

Air mata keinsafan yang mengalir di malam yang sepi menjadi penyembuh jiwa bagi mendapat kasih Ilahi. Tangisan boleh menjadi ibadah. Tangisan boleh menjadi rawatan pada setiap kesedihan.

Rasulullah SAW mengingatkan kita agar tertawa sedikit namun banyakkan menangis yang menimbulkan keinsafan,

عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ رَأَيْتُمْ مَا رَأَيْتُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا. قَالُوا: وَمَا رَأَيْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ

Dari Anas katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Para shahabat bertanya: "Apa yang engkau lihat ya Rasulullah SAW" Baginda menjawab: "Saya melihat Al Jannah dan An Naar." (HR. Muslim Kitab Sholat no. 426)

Menangis kerana takut terhadap siksaan dan azab Allah dan tidak banyak tertawa adalah dituntut, kerana banyak tertawa menunjukkan kelalaian dan kerasnya hati.

Contohilah para sahabat dan salafus Solih kerana mereka adalah orang yang paling lembut hatinya, paling banyak pemahaman agamanya, paling cepat menyambut ajaran agama. Merekalah selayaknya untuk kita teladani.

Dengan mengingati hari pembalasan, syurga dan neraka akan menyebabkan hati kita sentiasa gerun dan takut lantas digerakkan untuk melakukan amal soleh dan menjauhi maksiat dan kemungkaran.

Kegerunan, rasa kekurangan dan keinsafan akan menyebabkan hati kita lembut dan mudah menangis untuk segera memohon keampunan dan bertaubat.

Semoga kita tergolong dalam salah satu daripada golongan orang yang mendapat naungan di hari yang tidak ada naungan di hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW, tujuh golongan yang mendapat naungan di hari yang tidak ada naungan di hari kiamat, satu daripada golongan tersebut:

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

“orang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya mengalir air mata” (Sunan Tirmidzi No: 2313)

Semoga mata yang berjaga di penghujung malam dan daripada kedua biji mata itu mengalir air mata keinsafan mengenang kesilapan dan dosa hingga menimbulkan kegerunan siksaan pada hari kiamat akan menjadi penghindar dari api neraka.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Zulhijjah dan Keutamaan

Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.

Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja. Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1. Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.

2. Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih

3. Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4. Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Ikhlas Dalam Beramal

Dalam kita beramal, ikhlas merupakan rukun yang menjadi pra syarat amal seseorang diterima. Firman Allah:

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (ikhlas) dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Al-Bayyinah 5).

Ciri-ciri Ikhlas:

1. Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, sama ada ketika bersendirian ataupun bersama orang ramai, baik ada pujian ataupun celaan.

Kata Saidina Ali bin Abi Thalib RA. : “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika bersendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin berghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia lain atau jauh dari mereka.

Tsauban RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;

لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا قَالَ ثَوْبَانُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ قَالَ أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنْ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا

“Sungguh saya telah mengetahui bahwa ada suatu kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah menjadikannya debu yang berterbangan.” Tsauban bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka dan jelaskanlah perihal mereka agar kami tidak menjadi seperti mereka tanpa disedari.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya mereka adalah saudara kalian dan dari golongan kalian, mereka solat malam sebagaimana kalian, tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian mereka melanggar hal yang diharamkan Allah.” (HR. Ibnu Majah). Status Hadis Sahih

3. Seorang yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan dimiliki saudaranya, sebagaimana dia juga merasa senang jika dia memperolehinya.- (tak dengki dan khianat)

4. Orang yang ikhlas akan sedar kelemahan dan kekurangannya. Oleh kerana itu dia sentiasa beramal dan memperbaiki amal bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri.

Perlu juga diingat bahawa Ulama seperti Fudhail bin Iyadh memberikan batasan:

“Meninggalkan amal kerana manusia itu riya, takut dilihat orang sehingga tidak mahu beramal itu juga riya, sementara beramal kerana manusia itu syirik, dan ikhlaslah yang menjadi penyebab terlepas dari keduanya.”

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Ikhlas Berkorban

Sempena kedatangan Hari Raya Eidul Adha, antara ibadat yang amat disukai Allah ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Ibadat korban merupakan syiar yang amat dituntut dengan kedatangan Hari Raya Edul Adha. Adakah kita telah memastikan bahawa kita akan melaksanakan ibadat korban pada tahun ini? Rasulullah SAW mengingatkan kita:

كَنَا وُقُوفًا مَعَ النبى )ص ( فَسْمَعَتْهُ يَقُولُ : يَاأيُهَا النَّاس , عَلَى كُلِ أَهْلِ بَيْتٍ فِى كُلُّ عَامٍ أَضْحِيَة

”Kami wukuf bersama Rasulullah dan aku mendengar Baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, ke atas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap tahun” Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi.

Berdasarkan hadis ini, Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan.

Pelaksanaan ibadat korban sama ada disembelih oleh kita sendiri mahupun yang kita wakilkan untuk dilaksanakan ditempat lain seperti di luar negara, hendaklah dilakukan dengan seikhlas mungkin.

Kita melaksanakan ibadah korban atas dasar taqwa kepada Allah bukan sekadar acara tradisi ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٧

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya” (al-Haj ayat 37).

Dalam Tafsir Al-Wajiz, Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan: Bukan hanya sembelihan binatang korban, daging serta darahnya sedikit pun tidak akan sampai kepada Allah, termasuk semua amal soleh yang lain melainkan ia dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan atas iman.

Dalam ayat ini terdapat dorongan untuk berbuat ikhlas, baik dalam ibadah kurban mahupun dalam ibadah lainnya, bukan untuk berbangga, riyak atau kerana kebiasaan.

Semua ibadah yang tidak disertai keikhlasan seperti jasad tanpa ruh.

Sabda Rasulullah SAW.:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Marilah kita memastikan semua amal kebaikan yang kita lakukan seperti ibadat korban, semata-mata mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas.

Fudhail bin Iyadh pernah berpesan: meninggalkan amalan kerana manusia maka itu riyak namanya, sedangkan beramal dengan tujuan agar dipuji manusia, maka itu masuk kategori syirik. Adapun ikhlas kepada Allah itulah yang menyelamatkan kamu dari keduanya.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Hidup Suatu Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui.

Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.

Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102)

Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?

Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.

Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab:

Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102).

Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.

Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.

Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)

Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Korban Dan Hikmah

Bersyukurlah di atas nikmat Allah keatas kita. Antara tanda bersyukur ialah dengan melaksanakan ibadat fardhu dan ibadat sunat.

Ibadat korban merupakan ibadat sunat yang paling disukai Allah pada hari raya Edul Adha. Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Tirmizi No:1413)

Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Beruntunglah mereka yang berusaha melaksanakan ibadat korban yang merupakan satu daripada amalan yang amat digalakkan setiap kali kedatangan hari raya korban.

Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah:

1. Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang telah diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu. Atas dasar ketaatan dan keikhlasan mereka, maka Allah SWT akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail AS digantikan dengan seekor kibash untuk disembelih.

2. Memupuk sikap prihatin dan peduli terhadap orang lain. Hal ini dapat dilihat melalui pengagihan daging korban kepada orang yang berhak menerimanya iaitu fakir miskin, jiran tetangga serta orang yang memerlukan.

3. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Belajarlah agar tidak mudah mengeluh dan tetap redha dan bertawakal kepada-Nya.

Ketahuilah, apa pun ujian dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 156:

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَاجِعُونَ

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali”

4. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat pemurah dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, bukan hak milik mutlak kita malah di dalamnya ada hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Harta itu hendaklah disalurkan melalui sedekah, infaq, zakat juga melalui ibadah korban.

5. Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلْأَنْعَٰمِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

Marilah kita melaksanakan ibadat korban dengan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Konsep Pengorbanan

Ibadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan konsep berkorban dalam kehidupan.

Pengorbanan bukan hanya nampak pada daging lembu atau kambing sahaja, tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah. Ada kewajipan ibadat fardhu seperti solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan.

Pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, pekerja, bapa, ibu, suami, isteri, anak, abang, jiran dan sebagainya.

Siapa pun kita, kita tetap perlu melakukan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sebagai pemimpin atau ketua, wajib untuk kita berkorban bagi memastikan orang yang berada dibawah tanggungjawab kita mendapat hak dan pembelaan hidup yang terbaik. Dalam suasana harga barang naik, pemimpin perlu berusaha sedaya mungkin meringankan beban ke atas rakyat yang terkesan.

Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar RA bimbang andai sekiranya setiap perkara di bawah penguasaannya akan menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisiran Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

Sebagai ketua keluarga, kita perlu berkorban mencari keperluan ahli keluarga sama ada menyediakan tempat tinggal, makan minum serta keperluan asas yang lain.

Sebagai pelajar, kita perlu berkorban dalam menuntut ilmu, tinggalkan keseronokan untuk bermain game, menonton video dan TV serta yang lain-lain. Fokus memberi tumpuan kepada pembelajaran walaupun terpaksa belajar secara online tanpa guru di hadapan kita.

Sebagai orang yang dahagakan ilmu, kita perlu berkorban untuk melapangkan waktu mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau secara bersemuka juga secara online di FB Masjid dan laman sesawang yang lain demi menambah ilmu kita.

Bersegera menunaikan ibadat seperti bangun untuk qiamullail juga solat subuh di masjid merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT yang kadangkala jika dilakukan memberikan keseronokan kepada diri juga merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang diredhai dan diterima Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi, para Siddiqiin dan para syuhada', serta orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman." (Surah An-Nisa' ayat 69)

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Istighfar - Mohon Keampunan

Imam Hasan Al-Basri pernah berkata : Banyakkanlah istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di dalam rumah kalian, diatas musibah atau bencana yang menimpa. Banyakkanlah istighfar semasa didalam perjalanan, ketika berada di pasar (shoping mall), di dalam majlis-majlis perhimpunan atau di manapun kalian berada, kerana kalian tidak mengetahui bilakah turunnya Maghfirah (ampunan Allah).

Memperbanyakkan istighfar memohon keampunan merupakan tuntutan setiap Muslim yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Memperbanyakkan istighfar sama ada kita dalam keadaan berdosa mahupun ketika kita merasakan tidak ada dosa. Wajib bagi kita untuk memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah di atas dosa yang pernah kita buat, sama ada dosa itu sedikit mahupun banyak, sama ada yang kita sedar dan ingat, mahupun yang sudah kita lupakan.

Hari ini para jemaah haji melaksanakan satu daripada rukun ibadat haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf mempunyai keistimewaan tersendiri seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadisnya:

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah juga mustajab doa. Ibnu Rajab Al Hambali menyatakan: “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf.

Justeru ambillah kesempatan hari wukuf ini untuk memohon keampunan kepada Allah daripada dosa dan kesilapan kita, sama ada mereka yang sedang mengerjakan ibadat haji mahupun yang tidak pergi menunaikan ibadat haji. Istighfar sebagai salah satu sebab untuk mendapatkan pengampunan dosa.

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ.

"Dan orang-orang yang apabila berbuat keji atau menganiaya diri sendiri, kemudian mereka mengingat Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah? Kemudian mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahuinya”. (Ali Imran : 135).

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا.

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya (dengan melakukan dosa dan maksiat), (tetapi) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa` : 110)

Marilah kita perbanyakkan istighfar kita.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Melazimi Istighfar

Istighfar atau memohon keampunan kepada Allah adalah amalan yang amat dituntut kepada setiap umat Islam.

Rasulullah SAW menganjurkan agar kita melazimkan diri dengan istighfar pada setiap waktu. Sabda baginda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَأْوِي إِلَى فِرَاشِهِ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ وَرَقِ الشَّجَرِ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ رَمْلِ عَالِجٍ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ أَيَّامِ الدُّنْيَا

Daripada Abu Sa’id RA, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berdoa sebelum tidur dengan bacaan ini :

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

(Aku memohon ampunan Allah yang Maha Agung, yang tidak ada tuhan selan Dia yang Maha hidup dan yang Maha Berdiri, dan Aku bertaubat kepadaNya), sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan, dan walaupun sebanyak jumlah dedaunan, dan walau sebanyak pasir di padang pasir, walaupun sebanyak hari-hari umur dunia. (HR Tirmizi : No 25)

Ahmad Musthafa al-Maraghi menulis kisah Hassan al-Basri dengan beberapa orang yang bertanyakan masalah yang dihadapi serta meminta nasihat kepadanya dalam kitab Tafsir al-Maraghi;

Diceritakan pada satu hari, seorang lelaki telah datang mengadu kepada Hassan al-Basri kerana berdepan masalah kelaparan. Hassan al-Basri dengan penuh hikmah menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”

Seterusnya Hassan al-Basri didatangi seorang yang menceritakan masalah yang dilaluinya kerana ketiadaan zuriat. Sekali lagi Hasan al-Basri menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang pula seorang lelaki merintih mengenai kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Jawapan sama diulangi dengan penuh hikmah, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan orang ramai. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”

Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu dalam Surah Nuh ayat 10 – 12

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا ١٠ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ١١ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا ﴿١٢

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun (10). (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Ibnu Katsir menerangkan ayat ini; Jika kalian bertaubat kepada Allah, memohon ampun kepada-Nya dan mentaati-Nya, nescaya Allah akan memperbanyak rezeki kalian, menurunkan air hujan yang penuh keberkatan dari langit, memberikan keberkatan dari tanah kalian, menumbuhkan tanaman, memperbanyak air susu ternakan kalian dan memperkukuhkan kalian dengan harta dan anak-anak, maksudnya Allah akan memberikan kalian kekayaan dan anak-anak, menumbuhkan berbagai macam buah-buahan bagi kalian, dengan air sungai yang mengalir di celahnya.

Mari kita melazimkan diri dengan istighfar memohon keampunan kepada Allah.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Amalan Masuk Syurga

Setiap kita mengharapkan syurga sebagai balasan di akhirat nanti. Pelbagai amalan yang diajar oleh Baginda Nabi SAW untuk menempatkan kita ke dalam syurga.
Antara amalan soleh yang boleh menjadi penyebab kita mendapat rahmat Allah untuk memasuki syurga disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (HR Ahmad No: 9996) Status: Isnad Tsiqah

Berdasarkan hadis di atas, terdapat tiga amalan berkaitan dengan manusia dan satu berhubung kita dengan Allah.

Tiga amalan berkaitan dengan manusia adalah:

1. Menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.

2. Menjaga pertuturan ketika bercakap mahupun menulis dengan mengungkapkan perkataan yang baik, bukan maki hamun, memfitnah mahupun berdusta.

3. Memelihara hubungan silaturahim dengan kerabat.

Satu amalan yang berkaitan hamba dengan Allah ialah solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang tidur nenyak.

Marilah kita berusaha untuk menjadikan segala amalan ini sebagai kebiasaan dan rutin kita. Semoga ia menjadi penyebab kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan 1444H

Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi

Mari kita panjatkan doa menjelang kedatangan bulan Ramadan.

اللهُمَّ أَهَلَّهُ عَلَينَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَالاإِسْلاَمِ رَبَّنَا وَرَبُكَ اللهُ هَلاَلٌ خَيْرٌ وَرُشْدٌ

“Ya Allah, Bulan Ramadan telah mendatangi kami, anugerahkan kami dengan keamanan dan keimanan serta keselamatan dan Islam. Wahai bulan, Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah. Engkau adalah bulan yang baik dan telah memberi petunjuk pada kami” [Riwayat Ibn Hibban]

اَللُهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.

#RamadanAkuKembaliMendambaRedhaIlahi
#MemburuTaqwaMenyebarRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#1Hari1HadisHarianIkram