MEKANIK IMAN.
330 subscribers
1.83K photos
528 videos
98 files
4.18K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Umpama Lebah

ุนูŽู† ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุนูŽุงุตู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ูุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ  ุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูŽุซูŽู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ู„ูŽูƒูŽู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ู„ูŽุฉู ุฃูŽูƒูŽู„ูŽุชู’ ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ูˆูŽูˆูŽุถูŽุนูŽุชู’ ุทูŽูŠู‘ูุจู‹ุง ูˆูŽูˆูŽู‚ูŽุนูŽุชู’ ููŽู„ูŽู…ู’ ุชููƒู’ุณูŽุฑู’ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ุชูŽูู’ุณูุฏู’

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rusak." (HR Ahmad No: 6577) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan amal kebaikan walau kepada siapapun dan dimana sahaja.

2.  Seorang Mukmin sepatutnya berperanan sebagai agen perubahan di mana sahaja dia berada.

3.  Jadilah kita seperti lebah yang berperanan secara semulajadi membantu proses pendebungaan bunga-bunga dan dalam masa yang sama menghasilkan madu. (Kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain).

4.  Jadilah kita seperti lebah, mendapat sesuatu dari sumber yang baik, menggunakan dan menyumbang kepada manusia lain juga yang baik dan bermanfaat. Dimana-mana kita berada, kita bukan beban tetapi asset kepada orang lain.

5.  JOM kita berusaha meninggalkan warisan yang unggul (legacy) di mana pun kita berada, berlumba untuk meninggalkan kebaikan seperti lebah yang meninggalkan legacy madu.

6.  Perlu diingat, kualiti madu yang dihasilkan oleh lebah bergantung pada sumber yang menghasilkan madu. Kita haruslah memastikan โ€˜sumber-sumber'nya; guru yang mendidik, ilmu yang diperolehi, pentarbiahan yang membentuk diri kita, rakan-rakan seperjuangan yang bersama kita, jiran-jiran kita, organisasi yang kita bergabung dengannya dan lain-lain.

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Mei 2024
08hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุชูŽุงุจูุนููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ูููŠูŽุงู†ู ุงู„ู’ููŽู‚ู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ุฐู‘ูู†ููˆุจูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ูููŠ ุงู„ู’ูƒููŠุฑู ุฎูŽุจูŽุซูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุฏู ูˆูŽุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ูˆูŽุงู„ู’ููุถู‘ูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูู„ู’ุญูŽุฌู‘ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุจู’ุฑููˆุฑูŽุฉู ุซูŽูˆูŽุงุจูŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉ

Daripada Abdullah bin Masโ€™ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  โ€œLaksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurgaโ€  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna, akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas. Mereka akan memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat berangkat menunaikan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Mei 2024
09hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุชูŽุงุจูุนููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ูููŠูŽุงู†ู ุงู„ู’ููŽู‚ู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ุฐู‘ูู†ููˆุจูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ูููŠ ุงู„ู’ูƒููŠุฑู ุฎูŽุจูŽุซูŽ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุฏู ูˆูŽุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ูˆูŽุงู„ู’ููุถู‘ูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูู„ู’ุญูŽุฌู‘ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุจู’ุฑููˆุฑูŽุฉู ุซูŽูˆูŽุงุจูŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉ

Daripada Abdullah bin Masโ€™ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  โ€œLaksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurgaโ€  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna, akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas. Mereka akan memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat berangkat menunaikan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Mei 2024
09hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Umrah Menghapuskan Dosa, Haji Mabrur Balasannya Syurga

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ูƒูŽูู‘ูŽุงุฑูŽุฉูŒ ู„ูู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ู ุงู„ู’ู…ูŽุจู’ุฑููˆุฑู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽู‡ู ุฌูŽุฒูŽุงุกูŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉ

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: โ€œAntara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurgaโ€ (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ibadat umrah yang dilakukan secara berulang menjadi penghapus dosa antara keduanya. Iaitu sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil sepanjang tempoh jarak antara ibadah umrah tersebut.

2.Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya.

3.Setiap muslim yang belum melaksanakan ibadat haji, mestilah berazam bersungguh-sungguh untuk menunaikannya dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini jelas sepertimana firman Allah SWT:

ูˆูŽู„ูู„ู‘ูŽู€ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุญูุฌู‘ู ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ู…ูŽู†ู ุงุณู’ุชูŽุทูŽุงุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุณูŽุจููŠู„ู‹ุง

โ€œDan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.โ€ (Surah Ali-Imran: 97)

4.Menurut Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 2/853)

Kepada duyufurrahman..... Laksanakanlah ibadat haji dan umrah dengan memelihara rukun dan sunat serta meninggalkan larangan dengan sempurna.  Rebut peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Mei 2024
10hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Satu Rumah Satu Ibadah Korban

ุนูŽู†ู’ ู…ูุฎู’ู†ูŽูู ุจู’ู†ู ุณูู„ูŽูŠู’ู…ู ูƒูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู‚ููˆูู‹ุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู†ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุจูŽูŠู’ุชู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ุนูŽุงู…ู ุฃูุถู’ุญููŠู‘ูŽุฉ

Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Kita telah memasukki bulan Zulkaedah. Kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim adalah ibadah Kurban.

2.Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban hukumnya sunat Muakkad (amat digalakkan).

3.Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

4.Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail AS. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

5.Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 70.00 hingga 80.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.

6.Rebut peluang untuk dua kali pembayaran ibadah Korban bersama program i-Qurban anjuran Yayasan Ikram Malaysia.

Hanya RM870 (Johor) RM799 (Sabah) untuk satu bahagian termasuk kos pengurusan dan boleh dibayar sebanyak dua kali secara ansuran).

- Peserta yang ingin menyertai secara ansuran, bayaran terakhir adalah pada 10/6/2024.

- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13/6/2024.

Daftar segera di pautan:
https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/iQurban24_4

atau pembayaran terus di akaun bank

๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”
Maybank
๐Ÿฑ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐Ÿฐ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฎ
Rujukan: iQurban
  
Ayuh yang masih belum menempah bahagian untuk korban. Masih ada kesempatan untuk turut menyertainya. Jika kita terlepas peluang untuk berkorban pada tahun ini, tak pasti tahun depan kita ada lagi atau tidak.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Mei 2024
11hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mustajab

ุนูŽู†ู’ ุตูŽูู’ูˆูŽุงู†ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุฏูู…ู’ุชู ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ูŽ ููŽุฃูŽุชูŽูŠู’ุชู ุฃูŽุจูŽุง ุงู„ุฏู‘ูŽุฑู’ุฏูŽุงุกู ูููŠ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุฌูุฏู’ู‡ู ูˆูŽูˆูŽุฌูŽุฏู’ุชู ุฃูู…ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽุฑู’ุฏูŽุงุกู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ุฃูŽุชูุฑููŠุฏู ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู…ูŽุŸ ููŽู‚ูู„ู’ุชู: ู†ูŽุนูŽู…ู’. ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ููŽุงุฏู’ุนู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽู†ูŽุง ุจูุฎูŽูŠู’ุฑูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุกู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ุจูุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ู…ูุณู’ุชูŽุฌูŽุงุจูŽุฉูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ู…ูŽู„ูŽูƒูŒ ู…ููˆูŽูƒู‘ูŽู„ูŒ ูƒูู„ู‘ูŽู…ูŽุง ุฏูŽุนูŽุง ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ุจูุฎูŽูŠู’ุฑูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽูƒู ุงู„ู’ู…ููˆูŽูƒู‘ูŽู„ู ุจูู‡ู: ุขู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุจูู…ูุซู’ู„ู. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุณู‘ููˆู‚ู ููŽู„ูŽู‚ููŠุชู ุฃูŽุจูŽุง ุงู„ุฏู‘ูŽุฑู’ุฏูŽุงุกูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ููŠ ู…ูุซู’ู„ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ูŠูŽุฑู’ูˆููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ.

Daripada Shafwan bin 'Abdullah RA berkata: "Saya pernah pergi ke Syam dan mengunjungi Abu al-Darda' RA di rumahnya. Namun saya tidak bertemu dengan beliau, lalu saya pergi menjumpai Ummu al-Darda' RA.  Setelah itu, Ummu al-Darda' RA bertanya kepadaku: "Wahai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini? Saya pun menjawab: "Ya". Ummu al-Darda' RA berkata lagi: "Mohonlah kepada Allah SWT kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: "Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim daripada kejauhan tanpa diketahui olehnya akan terima. Setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya,  disisinya akan ada malaikat yang diutuskan dan  mengucapkan: โ€œAamiinโ€  dan berkata:  โ€œBagi kamu juga akan mendapat seperti itu." Shafwan RA berkata lagi: "Setelah itu saya pergi ke pasar dan di sana saya bertemu dengan Abu al-Darda'. Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya sebagaimana yang diriwayatkannya daripada Nabi Muhammad SAW." (HR Muslim: No 2733) Status Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Berdoa adalah bukti sifat kehambaan kita di sisi Allah SWT selain daripada usaha dan ikhtiar.

2.  Apabila selesai berdoa, hendaklah kita menutupnya dengan menyebut โ€˜ุขู…ููŠู†ูŽโ€™ bermaksud: โ€œPerkenankanlahโ€ atau โ€œYa Allah, terimalah doa kamiโ€. Al-Hafiz al-Munziri berkata:  โ€œDikatakan bahawa โ€˜ุขู…ููŠู†ูŽโ€™ merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT.

3.  Selain daripada berdoa untuk kebaikan buat diri kita, jangan lupa mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga serta Muslim lain. Dalam hadis menceritakan Ummul al-Dardaโ€™ meminta Shafwan yang akan mengerjakan haji untuk mendoakan kebaikan buatnya sekeluarga.

4.  Antara sebab doa diterima adalah doa orang bermusafir, doa ditempat dan masa tertentu seperti di Mekah, Madinah serta pada hari wukuf di padang โ€˜Arafah (9 Zulhijjah). Kesemua sebab doa diterima ini dimiliki oleh seseorang yang mengerjakan ibadat haji. Bahkan doa tersebut akan diaminkan oleh malaikat.

5.  Orang yang mendoakan saudaranya yang berjauhan juga akan didoakan Malaikat.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ุฏู‘ูŽุฑู’ุฏูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ุจูุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽูƒู ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุจูู…ูุซู’ู„ู

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912)

6.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak.

ุฏูุนูŽุงุกู ุงู„ุฃุฎู ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ุจูุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุบูŽูŠุจู ู„ุงูŠูุฑูŽุฏู‘ู

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

7.  Perbanyakkanlah doa bukan hanya untuk kita juga untuk orang lain dengan penuh  rasa rajaโ€™ (pengharapan) agar doa itu diterima dan rasa khauf  (takut) doa itu akan ditolak. Bagi orang yang bermusafir seperti duyufurahman, jangan lupa menyelitkan doa untuk kami juga saudara kita yang ditindas khususnya di Gaza.
 
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Mei 2024
12hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ูˆูŽุฌูŽุฏูŽ ุณูŽุนูŽุฉู‹ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุถูŽุญู‘ู ููŽู„ูŽุง ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุจูŽู†ู‘ูŽ ู…ูุตูŽู„ู‘ูŽุงู†ูŽุง

Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat.

3.Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.Imam Malik berkata: โ€œSaya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)โ€. (Lihat: ุงู„ู…ูˆุทุฃ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

6.Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

7.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal  melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal. Namun kita juga berpeluang melaksanakannya di luar negara khususnya ke GAZA melalui  MyCARE. Penyertaan korban dibuka.

Pilih jenis qurban/akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari:

http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr

Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek.

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

Sila hantarkan maklumat di bawah ke email myqurbani@mycare.org.my atau Whatsapp ke http://wasap.my/60189677215/60164127004/0197458517

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Mei 2024
13hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Manusia Paling Baik dan Paling Buruk

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุจูŽูƒู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูŠู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุทูŽุงู„ูŽ ุนูู…ูุฑูู‡ู ูˆูŽุญูŽุณูู†ูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฃูŽูŠู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุดูŽุฑู‘ูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุทูŽุงู„ูŽ ุนูู…ูุฑูู‡ู ูˆูŽุณูŽุงุกูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." (Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa  melakukan amal soleh.

2.  Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh yang ganjarannya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia.

3.  Orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.

4.  Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.

Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan untuk  mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fix deposit berterusan walaupun dia telah meninggal dunia seperti mengajarkan ilmu bermanfaat, berdakwah, wakaf dan sebagainya.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Mei 2024
14hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ahli Al-Quran

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูู‚ูŽุงู„ู ู„ูุตูŽุงุญูุจู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ูˆูŽุงุฑู’ุชูŽู‚ู ูˆูŽุฑูŽุชู‘ูู„ู’ ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูู†ู’ุชูŽ ุชูุฑูŽุชู‘ูู„ู ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ูŽุชูŽูƒูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุขุฎูุฑู ุขูŠูŽุฉู ุชูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ุจูู‡ูŽุง

Daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan  bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.". (HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran juga penghafal al-Quran.

2.  Ahli al-Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

3.  Orang yang membaca dan menghafal al-Quran perlu memberi tumpuan dan perhatian serta bersungguh-sungguh secara berterusan membaca dan menjaganya. Semoga al-Quran menjadi pegangan dan panduan hidup.

ุนูŽู†ู’ ู…ูŽุงู„ููƒ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุชูŽุฑูŽูƒู’ุชู ูููŠูƒูู…ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูŽูŠู’ู†ู ู„ูŽู†ู’ ุชูŽุถูู„ู‘ููˆุง ู…ูŽุง ุชูŽู…ูŽุณู‘ูŽูƒู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง ูƒูุชูŽุงุจูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุณูู†ู‘ูŽุฉูŽ ู†ูŽุจููŠู‘ูู‡ู

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (HR. Malik No: 1395).

4.  Pada hari akhirat nanti orang yang membaca  al-Quran berterusan akan menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga dan  terus membacanya dengan tartil sebagaimana ia membacanya ketika di dunia.

Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kuantan Pahang, marilah kita melazimi membaca al-Quran dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya agar ia menjadi hidayah dan panduan hidup.

Berusahalah menjadi Sohibul Quran.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Mei 2024
15hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ูŠูŽุดู’ููŽุนูŽุงู†ู ู„ูู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฃูŽูŠู’ ุฑูŽุจู‘ู ู…ูŽู†ูŽุนู’ุชูู‡ู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูŽ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽูˆูŽุงุชู ุจูุงู„ู†ู‘ูŽู‡ูŽุงุฑู ููŽุดูŽูู‘ูุนู’ู†ููŠ ูููŠู‡ู ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู…ูŽู†ูŽุนู’ุชูู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽูˆู’ู…ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ููŽุดูŽูู‘ูุนู’ู†ููŠ ูููŠู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽูŠูุดูŽูู‘ูŽุนูŽุงู†ู

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.

5.  Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa termasuk di bulan Ramadan dan puasa sunat pada bulan-bulan lain. Beruntung juga orang yang membaca al-Quran pada siang dan malam harinya  dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah Al-Bahili,  Rasulullah SAW bersabda:

ุฅูู‚ู’ุฑูŽุกููˆุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุดูŽูููŠุนู‹ุง ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู

โ€œBacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinyaโ€ (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6.  Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kuantan Pahang, marilah kita melazimi membaca al-Quran dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Mei 2024
16hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram