MEKANIK IMAN.
329 subscribers
1.83K photos
527 videos
98 files
4.17K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Solat Berjemaah Isyak dan Subuh

ุนูŽู†ู’ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽูู‘ูŽุงู†ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุดูŽู‡ูุฏูŽ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู‚ููŠูŽุงู…ู ู†ูุตู’ูู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูŽ ูˆูŽุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ูƒูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู

Daripada Utsman bin 'Affan RA ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda

2.  Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam

3.  Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam

Rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh di masjid.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Februari 2024
27hb Rejab 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbanyak Puasa Sunat Dibulan Syaaban

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชู ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุตููŠูŽุงู…ู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุตูŽุงู…ูŽ ูˆูŽูŠููู’ุทูุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽูู’ุทูŽุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุฑูŽู‡ู ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽู‡ู’ุฑู ู‚ูŽุทู‘ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุตููŠูŽุงู…ูู‡ู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‚ูŽู„ููŠู„ู‹ุง

Daripada Abu Salamah ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata; Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada bulan Syaaban hingga sisa harinya tinggal sedikit." (HR Muslim No: 1957) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW sentiasa memelihara ibadat puasa sunat setiap bulan seperti puasa Isnin, Khamis juga pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15 hari bulan).

2.  Rasulullah SAW berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadan

3.  Rasulullah membanyakkan puasa sunatnya pada bulan Syaaban kecuali beberapa hari dihujung Syaaban.

4.  Bulan Syaaban akan menemui kita. Marilah kita membuat persiapan untuk membanyakkan berpuasa sunat di bulan Syaaban.

5.  Ambillah peluang kelebihan berpuasa dengan memperbanyakkan doa agar dilepaskan dari pelbagai musibah dan lain-lain kerana doa orang yang sedang berpuasa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadis daripada  Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŒ ู„ูŽุง ุชูุฑูŽุฏู‘ู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุชูู‡ูู…ู’: ุงู„ู’ุฅูู…ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุงุฏูู„ู ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠููู’ุทูุฑูŽ ูˆูŽุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุธู’ู„ููˆู…ู

โ€œTiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimiโ€. (HR Ibn Majah No:1752) Status:Hadis  hasan

Marilah kita melaksanakan ibadat puasa sunat dibulan Syaaban sebagai latihan dan persiapan menghadapi Ramadan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Februari 2024
28hb Rejab 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syaaban dan Puasa Sunat

ุนูŽู†ู’ ุฃูุณูŽุงู…ูŽุฉู ุจู’ู†ู ุฒูŽูŠู’ุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุฑูŽูƒูŽ ุชูŽุตููˆู…ู ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูู‡ููˆุฑู ู…ูŽุง ุชูŽุตููˆู…ู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑูŒ ูŠูŽุบู’ููู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑูŒ ุชูุฑู’ููŽุนู ูููŠู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ููŽุฃูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฑู’ููŽุนูŽ ุนูŽู…ูŽู„ููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุตูŽุงุฆูู…ูŒ

Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaโ€™ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa". (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

2.  Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal. Ramai yang menyibukkan diri dengan urusan dunia seperti menyediakan persiapan hari raya, mengadakan majlis kenduri kendara dan sebagainya.

3.  Ibnu Rajab menyatakan: โ€œDalam hadis ini terdapat dalil mengenai dianjurkan melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah.โ€ (Lathaif Al Maโ€™arif, 235) Beribadah pada waktu ramai orang dilalaikan akan lebih ikhlas sehingga pahalanya semakin besar. Beribadat ketika ini akan lebih berat dirasakan oleh jiwa, kerana biasanya jiwa kita ini akan terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Ketika orang mungkin sibuk menjamu selera sebab nanti di bulan Ramadan tak boleh makan siang hari, maka akan semakin berat bagi jiwa untuk menjalankan ketaatan. Oleh sebab itu, secara umum, meningkatkan ibadah seperti puasa sunat pada bulan Sya'ban dan menjaga diri dari terikut-ikut orang lain adalah amal yang dicintai.

4.  Setiap kita disarankan agar memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu  bulan Ramadan.

5.  Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.

6.  Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana baginda suka amalnya diangkat ketika sedang berpuasa.

7.  Abu Bakr Al-Balkhi berkata:

ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽุฌูŽุจู ุดูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุฒู‘ูŽุฑู’ุนู  ูˆูŽุดูŽู‡ู’ุฑู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุณูŽู‚ู’ูŠู ุงู„ุฒู‘ูŽุฑู’ุนู ูˆูŽุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุญูุตูŽุงุฏู ุงู„ุฒู‘ูŽุฑู’ุนู

Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban  antaranya berpuasa sunat. Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Februari 2024
29hb Rejab 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan  Syaaban Menghadapi Ramadan

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽุชู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฎูุฐููˆุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ู…ูŽุง ุชูุทููŠู‚ููˆู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽู…ูŽู„ู‘ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽู…ูŽู„ู‘ููˆุง ูˆูŽุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุง ุฏููˆูˆูู…ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ู‚ูŽู„ู‘ูŽุชู’ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุฏูŽุงูˆูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง

Daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, ada kalanya baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Solat yang paling Nabi SAW cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunat) baginda menjaga kesinambungannya". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.

2.  Laksanakanlah setiap amal kita semampunya dengan istiqamah, kerana Allah sentiasa memberikan ganjaran pahala.

3.  Solat sunat yang Nabi SAW cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

4.  Pelihara solat sunat mengiringi waktu, duha, tahajud, witir dan lain-lain  walaupun hanya dua rakaat.

Marilah kita berterusan melaksanakan puasa sunat, solat sunat serta pelbagai amal soleh di bulan Syaaban ini khususnya sebagai persiapan menemui bulan Ramadan. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Februari 2024
01hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Pintu Kebaikan

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูู†ูŽุจู‘ูุฆููƒูŽ ุจูุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุชูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ุฎูŽุทููŠุฆูŽุฉูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌูู†ู‘ู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa nerakaโ€ (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jamiโ€™).

4.  Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan  Syaaban ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka.

5.  Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir, gempa bumi dan lain-lain.

6.  Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:

ุงูุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽูˆูŽู„ูŽูˆุจูุดูู‚ู‘ู ุชูŽู…ู’ุฑูŽุฉู

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7.  Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini  mampu membina kekuatan rohani kita.

Marilah kita melaksanakan amal-amal  yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Februari 2024
02hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapkan Alhamdulillฤh

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู  ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ  ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ  ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan โ€œAlhamdulillahilladzi bi niโ€™matihi tatimmus solihatโ€ (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan โ€œAlhamdulillah โ€˜ala kulli halโ€œ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)โ€ (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik.

2.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan terpuji apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai, maka  ucapkanlah kalimah:

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู

3.  Rasulullah SAW juga mengajar kita ucapan apabila menerima berita atau menyaksikan sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka ucapkanlah kalimah

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู

Bersyukurlah dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Bersyukur kerana masih berkesempatan berada di bulan Syaaban. Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadan yang penuh barakah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Februari 2024
03hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapkan Alhamdulillฤh

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู  ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ  ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ  ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang baginda sukai, baginda mengucapkan โ€œAlhamdulillahilladzi bi niโ€™matihi tatimmus solihatโ€ (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna). Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda mengucapkan โ€œAlhamdulillah โ€˜ala kulli halโ€œ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)โ€ (HR Ibn Majah No: 3803)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh ikutan yang paling baik.

2.  Rasulullah SAW mengajar kita ucapan terpuji apabila melihat atau menerima suatu berita atau perkara yang kita sukai, maka  ucapkanlah kalimah:

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู

3.  Rasulullah SAW juga mengajar kita ucapan apabila menerima berita atau menyaksikan sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka ucapkanlah kalimah

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู

Bersyukurlah dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Bersyukur kerana masih berkesempatan berada di bulan Syaaban. Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadan yang penuh barakah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Februari 2024
03hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan

ุนูŽู†ู’ ุนูŽู„ููŠู‘ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุทูŽุงู„ูุจู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ูŠูŽุง ุนูŽู„ููŠู‘ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŒ ู„ูŽุง ุชูุคูŽุฎู‘ูุฑู’ู‡ูŽุง ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฅูุฐูŽุง ุขู†ูŽุชู’ ูˆูŽุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุฒูŽุฉู ุฅูุฐูŽุง ุญูŽุถูŽุฑูŽุชู’ ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽูŠู‘ูู…ู ุฅูุฐูŽุง ูˆูŽุฌูŽุฏู’ุชูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง ูƒููู’ุฆู‹ุง

Daripada Ali bin Abu Thalib bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepadanya: "Wahai Ali, ada tiga perkara jika tiba waktunya tidak boleh ditunda-tunda, solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah hadir untuk disolatkan dan wanita jika telah datang jodoh yang sekufu (sepadan) dengannya." (HR Tirmidzi No: 1075) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Tiga perkara yang perlu disegerakan oleh setiap orang Islam apabila sampai waktunya iaitu:

1.  Solat fardhu perlu disegerakan jika telah masuk waktunya (kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa)

2.  Jenazah perlu disegerakan urusan pengkebumian

3.  Perempuan yang telah ada lelaki yang sekufu (sepadan) yang ingin berkahwin dengannya.

JOM SEGERAKAN apa yang perlu disegerakan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Februari 2024
04hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan

ุนูŽู†ู’ ุฅูุณู’ู…ูŽุงุนููŠู„ูŽ  ุจู’ู†ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ุณูŽุนู’ุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ูˆูŽู‚ู‘ูŽุงุตู  ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู  ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุฏู‘ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุนูŽุงุฏูŽุฉู : ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุฉู  ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุณู’ูƒูŽู†ู ุงู„ู’ูˆูŽุงุณูุนู  ูˆูŽุงู„ู’ุฌูŽุงุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ูƒูŽุจ ุงู„ู’ู‡ูŽู†ููŠุกู  ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽู‚ูŽุงูˆูŽุฉู : ุงู„ู’ุฌูŽุงุฑู ุงู„ุณู‘ููˆุกู  ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ุงู„ุณู‘ููˆุกู  ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุณู’ูƒูŽู†ู ุงู„ุถู‘ููŠู‚ู  ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ูƒูŽุจู ุงู„ุณู‘ููˆุกู

Daripada Ismail Muhammad Bin Saโ€™ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Saโ€™ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda: 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.โ€ (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Empat tanda kebahagiaan di dunia

a.  Isteri yang solehah iaitu isteri yang baik. Dipandang suami ia menggembirakan, sentiasa menjaga maruah diri dan suami.

b.  Tempat tinggal yang luas iaitu yang banyak manfaat bagi penghuninya (tidak semestinya rumah besar). Rumah yang didalamnya hati akan menjadi lapang dan tidak sempit (Takhrij al-Musnad no 15372).

c.  Jiran yang soleh iaitu jiran yang baik serta sentiasa bermanfaat dan tidak menyakiti orang lain.

d.  Kenderaan yang elok iaitu kenderaan yang selesa, tidak membebankan sama ada dengan hutang mahupun kerosakan.

2.  Empat tanda kesengsaraan di dunia

a.  Jiran yang buruk iaitu yang buruk akhlaknya serta kehidupannya akan mempengaruhi kita dan anak-anak.

b.  Isteri yang jahat iaitu isteri yang berakhlak dan perangai yang buruk

c.  Tempat tinggal yang sempit iaitu rumah yang tidak menjadikan kita bahagia dan merasa lapang berada di dalamnya

d.  Kenderaan yang buruk iaitu yang menyusahkan dan membebankan.

Setiap Muslim disyariatkan berdoa antaranya doa memohon kelapangan dan keberkatan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:

๏บ๏ปŸ๏ป ูŽู‘๏ปฌู๏ปขูŽู‘ ๏บ‡ู๏ปงูู‘๏ปฒ ๏บƒูŽ๏ป‹ู๏ปฎ๏บซู ๏บ‘ู๏ปšูŽ ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏บŸูŽ๏บŽ๏บญู ๏บ๏ปŸ๏บดูู‘๏ปฎ๏บ€ ๏ปญูŽ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏บฏูŽ๏ปญู’๏บู ๏บ—ู๏บธูŽ๏ปดูู‘๏บ’ู๏ปจู๏ปฒ ๏ป—ูŽ๏บ’ู’๏ปžูŽ ๏บ๏ปŸู’๏ปคูŽ๏บธู๏ปด๏บู ๏ปญูŽ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏ปญูŽ๏ปŸูŽ๏บชู ๏ปณูŽ๏ปœู๏ปฎ๏ปฅู ๏ป‹ูŽ๏ป ูŽ๏ปฒูŽู‘ ๏บญู๏บ‘ู‹๏บŽ  ๏ปญูŽ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏ปฃูŽ๏บŽ๏ปู ๏ปณูŽ๏ปœู๏ปฎ๏ปฅู ๏ป‹ูŽ๏ป ูŽ๏ปฒูŽู‘ ๏ป‹ูŽ๏บฌูŽ๏บ๏บ‘ู‹๏บŽ  ๏ปญูŽ๏ปฃู๏ปฆู’ ๏บงูŽ๏ป ู๏ปด๏ปžู ๏ปฃูŽ๏บŽ๏ป›ู๏บฎู  ๏ป‹ูŽ๏ปดู’๏ปจูŽ๏ปชู ๏บ—ูŽ๏บฎูŽ๏บ๏ปงู๏ปฒ ๏ปญูŽ๏ป—ูŽ๏ป ู’๏บ’ู๏ปชู ๏บ—ูŽ๏บฎู’๏ป‹ูŽ๏บŽ๏ปงู๏ปฒ ๏บ‡ู๏ปฅู’ ๏บญูŽ๏บƒูŽ๏ปฏ ๏บฃูŽ๏บดูŽ๏ปจูŽ๏บ”ู‹ ๏บฉูŽ๏ป“ูŽ๏ปจูŽ๏ปฌูŽ๏บŽ ๏ปญูŽ๏บ‡ู๏บซูŽ๏บ ๏บญูŽ๏บƒูŽ๏ปฏ ๏บณูŽ๏ปดูู‘๏บŒูŽ๏บ”ู‹ ๏บƒูŽ๏บซูŽ๏บ๏ป‹ูŽ๏ปฌูŽ๏บŽ
 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk,  dari isteri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku, dan dari kawan yang berbuat makar, matanya memandangiku sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam (sembunyikan), dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya.  (HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) Status: Hadis sahih dalam Ash-Shohihah no. 3138).

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Februari 2024
05hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽุง ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง

Daripada 'Aisyah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Dua rakaat sunat fajar (sebelum solat fardhu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim No: 1193) Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh lebih baik daripada dunia seisinya.

2.  Solat sunat subuh hanya  dilakukan setelah terbit fajar subuh. Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafiโ€™i  dan jumhur ulama  seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim..

3.  Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia ini, apatah lagi solat fardhu subuh yang kelebihannya lebih baik daripada itu.

Ayuh kita rebut peluang memelihara solat subuh dan solat sunat sebelum subuh

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Februari 2024
06hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mahligai Di Syurga Kerana 12 Rakaat Solat Sunat Sehari

ุนูŽู†ู’ ุฃูู…ู‘ู ุญูŽุจููŠุจูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุซูู†ู’ุชูŽูŠู’ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุฉู‹ ุจูู†ููŠูŽ ู„ูŽู‡ู ุจูŽูŠู’ุชูŒ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุธู‘ูู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู

Daripada Ummu Habibah ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunat dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; iaitu empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya dan dua rakaat sebelum subuh." (HR Tirmizi No: 415) Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Selain daripada solat fardhu lima waktu sehari semalam, kita juga digalakkan melakukan solat sunat mengiringi waktu.

2.  Orang yang melaksanakan 12 rakaat solat sunat sehari semalam, Allah akan membangunkan sebuah mahligai di syurga.

3.  12 rakaat solat sunat yang sangat di tuntut mengiringi solat fardhu sehari semalam terdiri dari empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isya
dan dua rakaat sebelum subuh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Februari 2024
08hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Riya Itu Syirik Kecil

ุนูŽู†ู’ ู…ูŽุญู’ู…ููˆุฏู ุจู’ู†ู ู„ูŽุจููŠุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽุฎู’ูˆูŽููŽ ู…ูŽุง ุฃูŽุฎูŽุงูู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุงู„ุดู‘ูุฑู’ูƒู ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ุบูŽุฑู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽู…ูŽุง ุงู„ุดู‘ูุฑู’ูƒู ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ุบูŽุฑู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุฑู‘ููŠูŽุงุกู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุฅูุฐูŽุง ุฌูุฒููŠูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุจูุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ ุงุฐู’ู‡ูŽุจููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูู†ู’ุชูู…ู’ ุชูุฑูŽุงุกููˆู†ูŽ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ููŽุงู†ู’ุธูุฑููˆุง ู‡ูŽู„ู’ ุชูŽุฌูุฏููˆู†ูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูู…ู’ ุฌูŽุฒูŽุงุกู‹

Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riyaโ€™. Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak: pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).โ€ HR Ahmad No: 23630. Status: Sanad Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Syirik kecil merupakan perkara yang perlu dijauhi kerana ia menghilangkan segala pahala amal soleh yang dilakukan.

2.  Rasulullah SAW bimbang umatnya akan terjerumus dengan Syirik kecil iaitu Riyaโ€™.

3.  Riya adalah perbuatan seseorang  menunjukkan amal untuk dilihat, disebut atau disanjung oleh manusia lain. Contohnya berselfie ketika beribadah dan muat naik di media sosial seperti di TikTok, FB, Instagram dan lain-lain. Di hari kiamat nanti, orang yang riyaโ€™ dalam beramal akan diminta untuk menuntut ganjaran daripada manusia yang ingin disanjung atau disebut.

4.  Riyaโ€™ boleh berlaku pada agama, tubuh badan, percakapan mahupun amalan seseorang, contohnya:

โ€ข  Riyaโ€™ pada agama dan tubuh badan dengan menzahirkan kekurusan dan berpakaian lusuh supaya orang menganggapnya bersungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat

โ€ข  Riyaโ€™ pada percakapan dengan memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang Islam ataupun berzikir kuat di hadapan orang ramai.

โ€ข  Riyaโ€™ pada amalan seperti menzahirkan qiyam dan rukuโ€™ yang lama ketika bersolat di hadapan orang ramai.

5.  Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis ketika sujud di dalam masjid beliau berkata: โ€Hai kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.โ€

6.  Berusahalah melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bermujahadah melawan sifat riya yang datang dalam diri. Jika ibadah tersebut ada pilihan, maka lebih baik dilakukan secara sembunyi seperti bersedekah tidak secara terang-terangan.

7.  Berdoalah agar dijauhi perbuatan syirik.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูุดู’ุฑููƒูŽ ุจููƒูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ูˆูŽุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑููƒูŽ ู„ูู…ูŽุง ู„ุงูŽ ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Februari 2024
10hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Tidak Ditinggalkan

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูˆู’ุตูŽุงู†ููŠ ุฎูŽู„ููŠู„ููŠ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูุซูŽู„ูŽุงุซู ุตููŠูŽุงู…ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ ุงู„ุถู‘ูุญูŽู‰ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ุฃููˆุชูุฑูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุงู…ูŽ

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata: "Kekasihku Rasulullah SAW memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur". (HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat:

a.  Puasa sunat tiga hari sebulan

b.  Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari

c.  Solat witir setiap malam sebagai penutup malam atau sebelum tidur

Marilah kita berusaha agar dapat melaksanakan apa yang dipesan oleh Rasulullah SAW.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Februari 2024
11hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Hari Puteh (13, 14 & 15) Hijrah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽุตููˆู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุจููŠุถูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ

Daripada Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW paling banyak berpuasa  sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

2.  Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

3.  Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari  Isnin dan Khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Jumaat 23hb Feb, Sabtu 24hb Feb dan Ahad 25hb Feb ini.

4.  Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya seperti berpuasa sebulan (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุจูŽุฏูŽ ุตูŽูˆู’ู…ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ุตูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ูƒูู„ู‘ูู‡ู

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh."  (HR Muslim No: 1967)

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Kita berpuasa sunat Hari-hari Puteh pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Februari 2024
12hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุจู† ุฌูŽุจูŽู„ู ุนูŽู† ูุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุทู‘ูŽู„ูุนู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฌูŽู…ููŠุนู ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ุฅูู„ุง ู„ูู…ูุดู’ุฑููƒู ุฃูŽูˆู’ ู…ูุดูŽุงุญูู†ู

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ููŽู‚ูŽุฏู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู‹ ููŽุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชู ููŽุฅูุฐูŽุง ู‡ููˆูŽ ุจูุงู„ู’ุจูŽู‚ููŠุนู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูƒูู†ู’ุชู ุชูŽุฎูŽุงูููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญููŠููŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ููŠ ุธูŽู†ูŽู†ู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฃูŽุชูŽูŠู’ุชูŽ ุจูŽุนู’ุถูŽ ู†ูุณูŽุงุฆููƒูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ูŠูŽู†ู’ุฒูู„ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฏูŽุฏู ุดูŽุนู’ุฑู ุบูŽู†ูŽู…ู ูƒูŽู„ู’ุจู

Daripada 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabiโ€™in penduduk Syam, seperti Khalid bin Maโ€™dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabiโ€™in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam ituโ€ (Lathaiful Maโ€™arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Februari 2024
13hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Tinggalkan Qiamullail

ุนูŽู†ู’ ูŠูŽุฒููŠุฏูŽ ุจู’ู†ู ุฎูู…ูŽูŠู’ุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุฃูŽุจููŠ ู‚ูŽูŠู’ุณู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ู„ูŽุง ุชูŽุฏูŽุนู’ ู‚ููŠูŽุงู…ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุฏูŽุนูู‡ู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถูŽ ุฃูŽูˆู’ ูƒูŽุณูู„ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุง

Daripada Yazid bin Khumair dia berkata; saya mendengar Abdullah bin Abu Qais berkata; Aisyah RA berkata; "Janganlah kamu meninggalkan solat malam (Qiamullail), kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya, bahkan apabila baginda sedang sakit atau kepayahan, baginda solat dengan duduk." (HR Abu Daud No: 1307) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara sunnah Rasulullah SAW ialah melaksanakan qiamullail.

2.  Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan qiamullail walaupun dalam keadaan sakit atau kepayahan (lemah juga malas).

3.  Lakukanlah solat sunat di malam hari walaupun dalam keadaan duduk.

Ayuh contohi Rasulullah SAW dalam ibadat Qiamullail

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Februari 2024
15hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bangunkan Ahli Keluarga Solat Sunat Malam

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุฑูŽุงู‚ูุฏูŽุฉูŒ ู…ูุนู’ุชูŽุฑูุถูŽุฉู‹ ุนูŽู„ูŽู‰ ููุฑูŽุงุดูู‡ู ููŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุชูุฑูŽ ุฃูŽูŠู’ู‚ูŽุธูŽู†ููŠ ููŽุฃูŽูˆู’ุชูŽุฑู’ุชู

Daripada 'Aisyah berkata, "Nabi SAW pernah berdiri solat malam sedangkan aku berbaring di atas tikarnya. Apabila baginda melaksanakan solat witir, baginda membangunkan aku hingga aku pun bangun mengerjakan solat witir." (HR Bukhari No: 997) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bangun di waktu malam untuk qiamullail menunaikan solat malam antara amalan yang perlu dicontohi daripada Rasulullah SAW.

2.  Rasulullah SAW mengejutkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat sunat malam.

Ayuh bangunkan ahli keluarga kita untuk menunaikan solat sunat malam, walaupun satu rakaat. Semoga solat sunat malam membina jati diri kita. Semoga kebiasaan baik yang kita lakukan di bulan Syaaban akan berterusan di bulan Ramadan yang penuh barakah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Februari 2024
16hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Witir Penutup Solat Malam

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูŽู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูู†ู’ุจูŽุฑู ู…ูŽุง ุชูŽุฑูŽู‰ ูููŠ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุซู’ู†ูŽู‰ ู…ูŽุซู’ู†ูŽู‰ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฎูŽุดููŠูŽ ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉู‹ ููŽุฃูŽูˆู’ุชูŽุฑูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงุฌู’ุนูŽู„ููˆุง ุขุฎูุฑูŽ ุตูŽู„ูŽุงุชููƒูู…ู’ ูˆูุชู’ุฑู‹ุง ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูู‡ู

Daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya." Ibnu  Umar berkata: "Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, kerana Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian." (HR Bukhari No: 452) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar cara solat sunat malam hari (qiamullail) dilaksanakan dua rakaat dan salam diikuti dua rakaat lagi dan salam dan seterusnya sehingga ditutup dengan solat sunat witir.

2.  Jika waktu dah hampir solat subuh, disarankan agar menunaikan solat sunat witir satu rakaat.

3.  Solat witir dijadikan solat penutup kepada solat sunat di malam hari paling kurang satu rakaat.

Ayuh kita tunaikan solat sunat di malam hari sekurang-kurangnya satu rakaat witir.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Februari 2024
17hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Yang Tidak Ditinggalkan Rasulullah

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุฏูŽุนู ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุธู‘ูู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ู’ุบูŽุฏูŽุงุฉู

Daripada 'Aisyah radliallahu 'anha bahawa "Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sebelum solat Subuh". (HR Bukhari No: 1110) Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW sentiasa melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum zohor.

2.  Baginda SAW juga sentiasa melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum subuh.

Ayuh kita menuruti sunah Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat mengiringi waktu antaranya solat sunat sebelum zohor dan sebelum subuh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Februari 2024
18hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Zohor

ุนู† ุฃู… ุญุจูŠุจุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง ู‚ุงู„ุช: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ู…ูŽู†ู’ ุญูŽุงููŽุธูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู ุฑูŽูƒูŽุนูŽุงุชู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุธู‘ูู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ูŽุง ุญูŽุฑูู…ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Daripada Ummu Habibah RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: โ€œBarangsiapa menjaga solat 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat sesudahnya, maka Allah mengharamkan neraka baginya.โ€ (HR Tirmidzi no: 428) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hadis ini menerangkan kelebihan orang yang mengerjakan solat sunat 4 rakaat sebelum dan sesudah zuhur.

2.  Orang yang menjaga secara konsisten solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas solat fardhu Zohor, akan dijauhkan daripada api neraka.

3.  Dalam hadis yang lain, daripada Abdullah bin As-Saib, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW  menunaikan solat 4 rakaat setelah waktu zawal (matahari gelincir ke barat) atau disebut rawatib qabliyah zuhur (solat sunat sebelum solat zuhur).  Baginda SAW bersabda,

ุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ุณูŽุงุนูŽุฉูŒ ุชููู’ุชูŽุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ูˆูŽุฃูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุตู’ุนูŽุฏูŽ ู„ูู‰ ูููŠู‡ูŽุง ุนูŽู…ูŽู„ูŒ ุตูŽุงู„ูุญูŒ

โ€œIni adalah waktu dibukakannya pintu langit. Aku suka jika amalan solehku naik pada waktu itu.โ€ (HR. Tirmidzi, no. 478). Status hadis hasan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

29hb Februari 2024
19hb Syaaban 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram